Thursday 28 November 2013

Yaya Qaisara

 Oleh: Mira Muskam



Yaya bergegas keluar dari kereta, berjalan laju ingin masuk ke Seven Eleven. Namun belum pun sempat pintu kedai tu dipegangnya, sesusuk tubuh yang memakai long sleeve hitam keluar dari 7 Eleven dan merempuh tubuhnya.
            Yaya yang kecil molek ni apa lagi, jatuh gedebuk lah atas lantai kaki lima itu.
            “I’m sorry!!!”
            “Auuhhh…” Yaya mengaduh. Telapak tangan kanan disembunyikan di dalam cardigan biru gelap. Lelaki yang merempuh tubuhnya tadi tidak jadi hendak meneruskan langkah, melutut di hadapan Yaya.
            “Awak okey?”
            “I’m not… urgh… ouch…” Telapak tangan kanan tersentuh dengan kain cardigan, terus dia menepis belahan cardigan itu dan mengeluarkan tangannya. Dia perasan ada riak terkejut pada raut wajah lelaki di hadapannya itu.
            “Eh, what happened?”
            “Nothing serious. I want to buy a bandage, hansaplast or something similar…”
            Yaya cuba bangun dengan menopangkan tangan kiri pada lantai. Lelaki di hadpaannya itu pantas membantu dengan memegang lengan Yaya. Ada rasa tak selesa namun terjadi diluar kawalannya.
            “Thanks.” Yaya ingin membuka pintu 7 Eleven namun cepat sahaja lelaki tu menahan.
            “Eh, takpe!”
            “Huh?”
            “Tunggu sini. Saya pergi belikan!”
            Yaya tidak angguk mahupun geleng. Lelaki tu masuk semula ke dalam kedai. Yaya mengerutkan dahi, melangkah ke tembok berhampiran dan menyandarkan tubuhnya di situ. Menghilangkan penat berkejaran tak cukup tanah sedari tadi.
            Padah merajinkan diri di dapur semasa dua orang rakan serumahnya tidak ada di rumah, tangan Yaya luka terhiris pisau semasa cuba memisahkan sosej yang masih separuh beku, masih keras kedengkang kot kata orang tua-tua.
            Nasib baik Yaya bukan jenis mual atau mabuk tengok darah yang membuak tu. Cepat saja Yaya membalut tangan kanannya dengan kitchen towel sebanyak yang mungkin, mencapai kunci kereta dan bergegas menuruni tangga. Puas dia berlelah kerana lif rosak. Sudahlah rumahnya berada di tingkat lima. Buat niaya je kalau time tengah sibuk berlari-lari kat tangga tu, terlanggar pulak apek tengah bawak tong gas. Hahaha.
            “Awak…”
            Lelaki tadi memanggil. Yaya memandang. Hairan jugak, bukannya kenal. Agaknya sebab tengok tangan Yaya berdarah tu kot lelaki ni spontan menolong.
            “Thanks.” Yaya ingin mencapai bandage yang dibelikan lelaki itu namun tidak dipedulikan.
            “I’ll do it for you.”
            “No way. I can do these lah…”
            “Awak sakit kat tangan… susah nak buat. Nanti tak kemas.”
            “Tapi,”
            “No… saya akan tolong okey. Awak diam je!” suara itu berbaur arahan. Entah kenapa Yaya patuh, terdiam terus.
            “Aouch!!!” Yaya terjerit. Hampir sahaja air matanya mengalir semasa lelaki itu menanggalkan balutan bersememeh kitchen towel pada tangan Yaya. Balutan yang dah basah dengan darah dan melekat dengan kawasan luka, pedih dan amat menyakitkan apabila terkena angin.
            “Nama saya Naim.”
            Dalam sibuk menahan sakit, Yaya terdengar lelaki itu memperkenalkan diri, Naim.
            “Ouhh…” Yaya hanya mengangguk, pandangannya berbalam-balam.
            “Rumah awak dekat mana?” Naim perasan dahi Yaya sudah basah dengan peluh. Semakin teruk dari tadi.
            “Taman Melati… I guess…” Yaya kabur. Naim terdiam sesaat.
            “Come, we have to go to the clinic!!”
            Bahunya di tarik Naim laju. Yaya terkejut, ingin menahan tubuh sendiri dari bergerak diseret Naim.
            “Why?!!”
            “Blood loss ni awak… muka awak pun dah pucat sangat tu.”
            Naim berjaya menarik tubuh Yaya ke pintu Suzuki Swiftnya. Berkerut-kerut gadis di hadapannya itu Naim tengok. Ikut hati nak cempung aje tapi kang minah ni menjerit kat tengah-tengah tempat parking kereta yang sedikit gelap ni, mau dia jugak yang teraniaya.
            “Ta… tapi… tapi you’re stranger…”
            “Awak nak ikut stranger pergi klinik or awak nak stranger dukung awak pergi klinik? Choose one!” Naim sengaja bercakap terus-menerus dengan Yaya, tidak mahu Yaya lelap tidak sedarkan diri. Mungkin tubuh Yaya lemah jadi apabila darah keluar banyak macam ni, lagi senang untuk Yaya pengsan.
            Tanpa tunggu jawapan Yaya, Naim pimpin tubuh Yaya yang hampir layu itu ke tempat duduk penumpang. Dia terus masuk gear reverse dan bergerak laju ke klinik selang dua blok dari 7 Eleven. Berdecit bunyi tayar Swiftnya berhenti di hadapan klinik tersebut.
            Semasa sampai di hadapan klinik, Yaya sudah lemah tak bermaya. Naim tiada pilihan selain mencempung sahaja Yaya masuk ke dalam klinik apabila dia lihat Yaya hampir terjatuh kerana tersepak pasu bunga di tembok klinik.


            Yaya mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawatnya. Dia membetulkan cardigan yang sedikit tersingkap dan turun dari katil pesakit.
            Kus semangat, nasib baik doktor yang merawat Yaya ni perempuan. Kalau lelaki, bertalam-talam lah rasa malu yang terpaksa Yaya tahan sejak di 7 Eleven tadi. Strangers kot tu!
            Yaya mengukirkan sneyum nipis kepada doktor muda tadi dan beredar keluar dari bilik doktor. Tidak ramai pesakit yang menunggu giliran kerana jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Klinik ini hampir tutup.
            Sesusuk tubuh yang memakai long sleeve hitam di hadapan kaunter dispensari mencuri perhatian Yaya. Sekali lagi Yaya memandang pesakit lain yang duduk menunggu giliran. Yaya ingat-ingat lupa muka Naim tadi tu, tapi dia ingat warna baju lengan panjang yang Naim pakai. Mestilah tu dia, takkan makcik baju hitam berbunga oren tu pulak kan.
            Yaya rolling eyes. Lucu dengan observation sendiri. Langsung tak masuk akal.
            Perlahan-lahan Yaya berjalan mendapatkan Naim. Yaya terhutang budi pada orang yang dipanggilnya strangers sedari tadi.
            Naim berpaling ke belakang apabila mendengar derap langkah kasut bertumit di belakangnya. Sempat jugak dia mengerling pada wedges merah yang tersarung cantik di kaki Yaya semasa Yaya jatuh tadi.
            ‘tak pandai pakai kasut tumit tinggilah ni,’
            Itulah tanggapan awal Naim sebelum dia menyedari luka pada tangan Yaya.
            “Awak dah okey?”
            Yaya hanya angguk. Tadi masa sakit bolehlah pot pet pot pet sebab terlampau sakit. Ni dah normal balik, mana nak si Yaya bukak mulut bercakap luas-luas. Ni nak ucap terima kasih pada Naim pun puas Yaya karang ayatnya dalam otak.
            “Jom…”
            Naim menggamit Yaya. Yaya hanya mengikut Naim keluar dari klinik. Yaya sempat jugak menarik nafas lega kerana dia dapat menangguh ucapan terima kasih buat Naim.


            Sudah seminggu berlalu, telapak tangan kanan Yaya sudah semakin sembuh. Hanya parut yang masih baru dan buruk terdapat di tangannya. Yaya trauma nak pegang pisau tu lagi. Dia tak mahu luka lagi lepas tu kena heret dengan strangers pergi klinik. Itupun Yaya buat-buat berani makan ubat diberi doktor di hadapan Naim. Kerana Naim macam perasan yang Yaya takut makan ubat. Mana tidaknya, Yaya tangguh-tangguh capai ubat dari pegangan Naim walaupun Naim dah menyuakan plastic ubat tu lebih lima kali.
            Harapan Yaya, semoga Naim akhirnya terlupa untuk memberi Yaya plastik ubat itu. Pengakhirannya, Naim pulak yang memaksa Yaya makan ubat tahan sakit di hadapannya, semasa Suzuki Swift Naim sampai tepat di hadapan apartment milik Yaya dan kawan-kawan yang hilang entah kemana semata-mata hari itu malam minggu. Berlibur aje kerja mereka!
            “Woi Yaya!”
            Shasha menepuk bahu Yaya. Spontan bahu Yaya terangkat. Haish si Shasha ni kalau tak buat dia terkejut dalam sehari memanglah tak sah kan!
            “Sihat?”
            Biasalah Shasha bertanya Yaya macam tu. Nama aje roommate tapi bila Yaya tidur, Shasha berjaga. Bila Yaya berjaga, Shasha pulak yang tidur. Secara ringkasnya, Shasha merupakan seorang jururawat dengan shift malam yang berbondong-bondong dirembatnya semata-mata nak duit lebih. Kata shasha, sambil menyelam minum air. Di samping menggantikan kawan yang ada hal dan tak dapat masuk shift malam,dia dapat juga mengerah duit lebih untuk kesenangan hari tua. Hahaha.
            Yaya pulak? Ouh, Yaya kerja picisan aje. Yaya cuma peniaga merangkap bos di kedai buku miliknya. Kedai buku kecil dan comel yang dibuka awal tahun lepas, selepas Yaya berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerenah bos nya yang bodoh sombong. Tapi hairan jugak, kalau dia bodoh kenapa boleh jadi bos kan? Kalau sombong tu biasalah, dah namanya bos.
            “Yaya… customer tu dear.”
            Shasha memanggil. Itulah, sibuk sangat Yaya mengelamun. Shasha yang duduk bersantai di tepi pintu stor menggamit Yaya yang duduk mengira stok buku baru sampai. Shasha cuti kerja malam empat hari, jadi lepas tidur pulas di rumah, pada belah petangnya dia datang menganggu Yaya di kedai bukunya.
            Yaya mengangguk. Berat rasanya mahu bangun. Harap badan aje kecil molek tapi pemalasnya boleh tahan jugaklah.
            “Ye encik, boleh saya bantu?”
            Yaya menegur pelanggan lelaki yang terbongkok-bongkok mencari buku di rak fiksyen bahasa inggeris. Pelanggannya itu berpaling.
            “Eh, awak?”
            “Stranger?!!” Silly Yaya, tak boleh nak romantik sikit. Stranger jugak dipanggilnya walaupun nama Naim dah tersemat dalam kotak ingatannya.


            Naim mengambil tempat di hadapan Yaya, menghadap ke dalam kedai. Yaya nak menghadap ke luar katanya, tak rimas pandang manusia-manusia yang bising tu. Ni pun dipaksanya Naim duduk di meja luar walaupun suhu petang ni nak tak nak cecah jugaklah tahap peluh merecik sampai boleh tadah satu tong baldi.
            “Hari tu tak cerita lagi…”
            Naim memulakan.
            Yaya angkat kening, meminta ayat yang lebih jelas.
            “Apa sebab tangan awak boleh luka? Doktor cakap kena pisau. Awak potong apa time tu?”
            Yaya mengetap giginya. Hish doktor ni pun, harap muka je lawa tapi menjaja cerita pesakit. Eh sebenarnya mestilah, dah Naim yang bawak Yaya ke klinik, mesti doktor tu beritahu pada Naim. Hish, Yaya, Yaya!
            “Saya nak potong sosej… tapi dia keras lagi. Melekat satu sama lain…” meleret-leret suara Yaya. Malu!
            “Lah… rendamlah dulu dalam air biar ais cepat cair…”
            Hah kan, Yaya dah agak dah Naim akan keluar unsur nasihat. Sama aja macam nasihat ibunya masa Shasha sibuk mengadu hal itu pada ibu Yaya. Geram sungguh Yaya pada Shasha.
            “Saya tak buat lagi dah…”
            Penat nak dengar nasihat dan ‘tips-tips apabila di dapur’ daripada Naim, Yaya bersuara juga. Naim mengulum senyum, merenung lama pada Yaya sampai Yaya naik rimas.
            Yaya menggawangkan tangan di hadapan Naim.
            “Awak… kenapa pandang saya macam tu? Ada hutang eh?”
            Naim menghambur gelak. Alah comelnya Yaya ni, nak cakap kasar pun bunyinya ayu sahaja. Naim tahu dia dah mula jatuh hati pada Yaya.
            Masa dia angkat Yaya masuk klinik tempoh hari lagi dia dah terpikat pada kecomelan Yaya. Masa Yaya merungut sakit tanpa sedar dan menarik kolar long sleeve Naim semasa Naim ingin membaringkan Yaya di katil klinik, hati Naim dah mula dup dap dup dap dah.
            Itu pertama kali Naim berani sentuh anak dara orang. Kalau selalu tu dia nak angkat muka pandang wajah comel FA-FA di tempat kerjanya pun dia segan. Kalau dengan Yaya, automatik Naim seperti jadi berani. Dia rasa ada chemistry dengan Yaya.
            “Err… saya tak tau pun nama awak,”
            Naim menyisip air teh o’ ais yang baru sampai. Yaya yang sibuk menghirup nescafe panas sedikit tersedak dibuat Naim.
            “Nama saya?”
            Yaya menyoal kononnya tak dengar pertanyaan Naim sebentar tadi.
            Naim angguk sahaja. Faham benar Yaya tengah gementar. Dia tengok dahi Yaya basah dibasahi peluh. Hish, nasib baik tak pucat macam haritu.
            “Nama saya Dania Qaisara. Orang panggil Yaya aje.”
            Naim mengangguk dan mengukir senyuman.
            “Comel nama awak, macam awak jugak… Yaya.”
            Naim berjeda sekejap dan menyebut nama Yaya, buat pertama kalinya sebab Yaya berdegil tak mau bagitau nama semasa Naim menghantarnya balik dari klinik tempoh hari.
            “Yaya… err, Dania Qaisara?”
            Yaya angkat muka, pelik kerana Naim penat-penat panggil nama penuhnya sekali. Penat ke? Hahaha.
            “Kita kawan, boleh?”
            Yaya menggigit bibir bawahnya, berfikir. Mata Yaya dan Naim bertembung, masing-masing tidak mahu mengalah dan akhirnya Yaya tertewas, menjatuhkan pandangan pada jari jemarinya yang runcing di atas riba di bawah meja.
            “Awak strangerlah Naim.”
            “Stranger lagi ke walapun saya dah tolong awak haritu? Lagipun awak dah tau nama saya, dan ni kita dah jumpa dua kali dah kan?”
            Yaya hanya mampu angguk sebab semua yang Naim cakap tu benda betul. Hohoho. Menyampahnya Yaya hadapi saat macam ni.
            “Naim.”
            Yaya panggil.
            Naim angkat muka. Pandang Yaya.
            “Naim ape?”
            “Naim Niqman…” meleret Naim menjawab. Hish, last-last itu yang ditanya oleh Yaya!
            “Naim?”
            Yaya panggil lagi, namun kali ini Yaya sudah bangun berdiri. Tas tangan jenama Channel di sangkut ke bahu.
            “Awak add saya kat FB lah… ok? Cari je Yaya Qaisara.”
            “Eh? Macam tu je?”
            Naim berkerut-kerut memandang Yaya. Yaya mengangguk, tersimpul senyuman malu di bibirnya.
            “Naim, awak contact saya lah nanti ok. Bye.”
            Naim hanya terdiam, memandang Yaya berlalu pergi. Namun cepat sahaja Naim tersedar dan bergegas menyaingi langkah Yaya yang pantas. Power jugak Yaya hari ini, lebih laju jalannya walaupun hari ini stiletto… hari tu wedges sahaja.
            “Kenapa awak nak pergi cepat sangat ni? Macam tergantung tanpa jawapan pulak. FB pulak…”
            Naim cuba mempersoalkan walaupun riak wajahnya nampak macam tenang. Yaya berhenti, berdiri menghadap Naim. Dia menarik lengan baju Naim, dan menunjukkan Tag Heuer Naim di lengan kanan lelaki itu.
            “Awak add di FB lah. Tak sempat kita nak kenal betul-betul sebab waktu lunch dah habis. Saya kena masuk kerja ni sebab stok baru sampai hari ni.”
            Yaya menerangkan. Naim sudah mengusap belakang leher, malu kerana sangkanya Yaya menolak permintaannya untuk berkawan dengan Yaya.
            “Okey Yaya, I’ll add you and know you better.”
            “Yelah tu Naim.” Yaya ketawa. Dia mula selesa dengan Naim. Dia tidak lagi menganggap Naim sebagai stranger dalam hidupnya.
            “Yaya?!!”
            Yaya melajukan langkah apabila suara Naim kedengaran sayup-sayup sahaja di sebalik pintu kaca kedai makan itu. Yaya berjalan keluar.
            “Kenapa?”
            “Dalam FB tu banyak gambar tak?”
            Naim mengenyitkan mata. Yaya terjerit, manakala Naim sudah ketawa terbahak-bahak.
            Yaya ingatkan FB merupakan medium yang lebih selamat dibandingkan dengan memberi nombor telefon kepada Naim. Hahaha, Yaya dah merancang-rancang nak tukar privacy albumnya apabila balik ke rumah petang nanti!

Rintih Sedetik



Oleh: Fasyuk M. Fauzi

Rindu nak pijak bumi kedah.
Rindu nak pandang sawah menghijau.
Rindu nak tengok sungai.
Begitu lama aku tinggalkan kota itu.

Kini..

Tujuan aku satu.
Ke sana nak jenguk kau.
Ke sana kerna ku rindu kau.
Ku hanya dapat lihat tanah merah.
Rumput hijau dirimbuni daun kering.
Batu nisan yang tercegat.

Aku sungkur.

Maafkan aku. Aku tak bisa lawan.
Tapi aku tragis.
Tragis kehilangan kau.
Masih terngiang ucapan kau dulu.
Masih teringat bisikan semangat bara.
Masih teringat semua itu !

Allahu Rabbi.

Tiada siapa bisa gantikan dia untuk aku.
Tak ada siapa !!
Kecuali KAU yg menggantikan yang lain untuk aku.

Friday 15 November 2013

Akan Datang Antologi cerpen KERANA DIA, RATU SEHARI untuk Keluaran Disember.

Antologi cerpen Kerana Dia, Ratu Sehari menampilkan pelbagai jenis kisah yang menarik berkisahkan tentang kehidupan suka duka  yang dilalui oleh watak-watak yang disampaikan oleh setiap penulis. Nantikan kemunculan Antologi Cerpen ini di pasaran terbitan JS Adiwarna!

Antara Cerita yang terkandung dalam buku ini:
 

Cerita 23:

“Seseorang itu dicintai kerana dia sememangnya layak dicintai. Tak ada sebab atau alasan untuk mencintai seseorang.” ~ [Kamalia, Konspirasi]



Cerita 22:

“Aku tak rasa aku tua pun.” Putri mencebik. Tak habis-habis orang bebel tentang isu kahwin. Apa tak ada isu lain ke dalam dunia ni?" ~ [Ijazati Habib, Konserto dalam Hujan]

Cerita 17:
“Eee… sejak bila pula Si Que tu kau punya, Jah? Tipu… tipu… tipu…” Wajah Mimi dah bertukar seperti sotong goreng.
Isy! Lelaki yang tak sedar diri ni, ada pula nak rampas kekasih hati aku. Aku debik baru tau. Kekasih aku lurus, okey. ~ [Kahwin Anak, Sarjan Fiefa Inarah]

Keluaran Novel Terbaharu November 2013



Rumah Penerbitan Adiwarna telah menerbitkan satu lagi novel terbaharu untuk bulan November 2013 yang merupakan hasil karya daripada Kamalia. 

Dia Bukan Shah Rukh Khan mengisahkan tentang Farhan yang sering ke Kafe Cinta Mumbai untuk menjamu selera. Farhan gemar ke sana, namun, tanpa dia sedar gerak-gerinya sering diperhatikan oleh Syakila, salah seorang pekerja kafe itu yang menaruh hati padanya. Pada suatu hari, Farhan terjumpa beberapa keping nota misteri yang ada tertulis namanya di dalam peti surat rumahnya. Pada masa yang sama, Farhan pula menaruh hati pada Ana, rakan sepejabatnya. Dia sering menghantar sejambak bunga misteri pada Ana dan membuatkan Ana tertanya-tanya. Apabila Farhan memberanikan diri meluahkan perasaannya pada Ana, Ana telah menolaknya mentah-mentah. Ini menyebabkan Farhan menjadi sangat kecewa. Salah seorang jiran Farhan, Selamat akhirnya membongkarkan rahsia tentang nota-nota yang diterima oleh Farhan. Rupa-rupanya Syakila telah mengirim nota-nota tersebut secara tidak sedar pada malam hari. Syakila mengalami satu penyakit di mana dia kerap mengigau di malam hari. Apabila dia ingin bertemu dengan Syakila di Kafe Cinta Mumbai, gadis itu sudah pulang ke kampung. Farhan menunggu kepulangan Syakila dengan penuh sabar. Ketiadaan Syakila membuatkan Farhan rasa tidak keruan. Apakah yang akan terjadi seterusnya?? Ikuti kisah selanjutnya dengan membeli novel Dia Bukan Shah Rukh Khan.. :)

BLURB