Thursday 31 October 2013

Dapatkan Kalendar 2014 yang Comel daripada JS Adiwarna!


Cepat pesan kalendar cantik ini sekarang. Stok terhad! RM 14 sahaja tanpa pos penghantaran. Boleh dipesan melalui kotak mesej FB.

Pautan FB JS Adiwarna:

Woksyop Adiwarna 2013: 'Team Building', Bengkel Penulis dan Hari Keluarga.

Assalamualaikum.
Pada minggu lepas, selama tiga hari dua malam keluarga JS Adiwarna telah mengadakan Woksyop Adiwarna 2013: 'Team Building', Bengkel Penulis dan Hari Keluarga di Cameron Highlands. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang woksyop berlangsung adalah sesi sumbang saran bersama staf dan penulis, treasure hunt dan sesi motivasi staf JS Adiwarna.

Antara pengisian di dalam sesi sumbang saran bersama penulis adalah perkongsian idea antara staf dan juga penulis untuk perancangan dan penambah baikan untuk aktiviti JS Adiwarna. Manakala, untuk sesi treasure hunt yang menarik ini. Pemenang utama akan mendapat hadiah berbentuk wang tunai dianjurkan oleh JS Adiwarna sendiri. Sesi motivasi staf JS Adiwarna pula diisi dengan bicara motivasi bersama para staf bertujuan untuk meningkatkan motivasi staf untuk melakukan tugasan dengan lebih bersungguh-sungguh.


Walaupun diberitakan tentang cuaca buruk yang melanda Cameron Highlands, tetapi alhamdulillah trip keluarga JS Adiwarna selamat dalam perjalan pergi dan pulang. Jadi, mari kita cuci mata dengan gambar-gambar sekitar  woksyop dan percutian bersama penulis JS Adiwarna ke Cameron Highlands.


(Lawatan ke BOH Tea Centre Sungei Palas)
(Minum petang bersama kakitangan dan penulis di BOH Tea Centre)



(Sesi sumbang saran bersama staf Adiwarna)

(Staf dan penulis)


(Para peserta treasure hunt)

(Pemenang treasure hunt)

Terima kasih.


Tuesday 1 October 2013

Ulasan Novel Umum: Nak Kahwin Duit Tak Ada

Assalamualaikum...:)

Novel Nak Kahwin Duit Tak Ada hasil karya Naufal Tarmizi ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Saiful Ammar yang berusaha mencari kos perbelanjaan untuk berkahwin dengan perempuan yang pilihan hatinya yang bernama Hanis Amirah. Sepanjang perhubungan antara Ammar dan Hanis Amirah, wujudnya Maria Marissa iaitu teman sepermainan Ammar sejak dari kecil lagi, yang telah lama menaruh hati kepada Ammar menyebabkan Hanis Amirah merasa tergugat dan cemburu dengan kehadiran orang ketiga di antara mereka. Maria Marissa mempunyai rupa paras yang cantik dan menghormati orang tua menyebabkan ibu Ammar, Puan Zalina berkenan bermenantukan Maria Marissa dan bertekad mahu menjodohkan Maria Marissa dengan anaknya. 

Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Saiful Ammar sepanjang mencari duit untuk menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Namun, satu tragedi telah berlaku dalam hidup Ammar apabila Ammar telah mengikuti kumpulan kongsi gelap tanpa disedari oleh dirinya sendiri. Satu kejadian yang menimpa dirinya menyebabkan Ammar ditangkap polis. Apakah terjadi kepada Ammar? Dapatkah Ammar berkahwin dengan Hanis Amirah ataupun dengan pilihan emaknya? Untuk mengetahui kisah yang selanjutnya dapatkan novel ini. Anda pasti tidak rugi membelinya. Yang pasti babak komedi dalam novel ini sangat menarik dan juga babak yang sedih mampu menyentuh jiwa anda! 

Sekian. :)