Thursday 30 January 2014

Tentang 'Si Cantik Cempaka'

 Oleh: Kamalia



Antara 3 buah buku solo yang saya sudah tulis, buku kanak-kanak Si Cantik Cempaka ini adalah buku yang paling saya sayang. Yang paling dekat di hati. Yang paling meninggalkan banyak kenangan. Kisah Cempaka ini terhasil saat saya sudah separuh jalan menulis novel Gerabak Merah Jambu. Tapi, akibat tekanan menulis naskhah tersebut, saya berhenti seketika dan memulakan menulis Si Cantik Cempaka. Tapi, ambil masa lebih kurang 2 bulan juga untuk siapkan novel kanak-kanak ini. Maklumlah, saya tak ada pengalaman tulis novel masa itu selain daripada aktif tulis cerpen saja.

Ia kisah tentang Cempaka, seorang anak gadis yang sangat bangga dengan kecantikannya. Sehinggalah pada suatu hari, satu peristiwa misteri berlaku padanya. Kedatangan kucing hitam dan pertemuan dengan nenek kebayan. Nah, nenek kebayan memang ada kuasa yang bukan-bukan. Katanya, dia boleh jadikan Cempaka lebih cantik daripada sekarang, tapi dengan syarat tertentu.

Kisah Cempaka ini sebenarnya sedikit sebanyak adalah cerminan diri saya. Bukanlah nak kata saya ni cantik sangat, tapi itulah yang saya mahu semasa kecil dulu. Saya nak jadi cantik! Saya tampal gambar perempuan-perempuan cantik dalam diari saya dengan harapan saya boleh jadi cantik seperti mereka nanti. Itu belum kira cita-cita saya nak tukar nama sebab saya rasa dulu nama 'Kamalia' macam tak sedap aje. Isy... isy... isy... banyak songeh betul.

Jadi, kisah Si Cantik Cempaka ini, selain untuk bacaan untuk yang di luar sana, sebenarnya ditujukan khas buat saya sendiri. Apabila dewasa, saya semakin sedar yang paling baik sebenarnya adalah yang paling cantik.

Kalau mahu mendapatkan buku ini, boleh beli secara atas talian di www.jsadiwarna.com

Thursday 9 January 2014

Apa yang penulis Kamalia ingin bercerita tentang novel umumnya, Dia Bukan Shah Rukh Khan.

DIAMBIL SEMULA DARIPADA FB PERIBADI KAMALIA.

Novel Dia Bukan Shah Rukh Khan merupakan novel solo ketiga saya. Sebelum ini saya telah menulis sebuah novel kanak-kanak, Si Cantik Cempaka dan sebuah novel dewasa/remaja, Gerabak Merah Jambu.

Ia bermula dengan pembacaan saya mengenai satu artikel mengenai kes-kes mengigau aneh yang pernah direkodkan dalam lipatan sejarah manusia. Pada mulanya saya membaca artikel tersebut sekadar suka-suka. Ternganga jugalah mulut saya apabila baru saya tahu yang ada juga kes mengigau sehingga melibatkan pembunuhan emak dan ayah mertua. Mungkin dendam kesumat di bawah sedar sampai terbunuh emak ayah mertua. Ada juga kes di mana seseorang itu mengigau sehingga boleh menghantar e-mel kepada kawan-kawannya. Maka, dengan itu saya tiba-tiba terfikir sesuatu. Kisah orang mengigau ini sangat menarik dan saya mahu mereka satu cerita mengenai penyakit yang saya kira agak biasa dalam kalangan manusia.

Namun, Dia Bukan Shah Rukh Khan lebih daripada itu. Ia bukan kisah orang yang mengigau semata-mata. Saya cuba membayangkan apa akan jadi kepada seseorang yang terlalu memendam rasa sehingga dia sendiri tanpa sedar mampu membuat sesuatu di luar normal. Ya, sama seperti kisah orang yang terbunuh ibu dan ayah mertuanya tanpa sedar itu. Judul asalnya, Kafe Cinta Mumbai kerana latar tempatnya di sebuah kafe yang apabila pelanggan masuk, akan terasalah aura Bollywood. Pemilik kedainya, Abang Zulkarnain telah membuka kafe ini khas untuk isterinya, Kak Norlaila yang meminati pelakon Bollywood,Jackie Shroff haha...

Judulnya kemudian ditukar kepada Dia Bukan Shah Rukh Khan dengan tagline Kafe Cinta Mumbai.
Syakila, Farhan, Selamat dan Ana merupakan penggerak utama dalam novel ini. Keempat-empat watak ini direka bukan saja-saja saya nak letakkan dalam ceritanya. Setiap watak, terutama empat watak utama ini merupakan kisah yang sebenarnya ada sekeliling kita dan berlaku di mana-mana saja.

Kisah Syakila yang memendam perasaan sehingga melakukan sesuatu di luar norma sekali gus membongkar satu rahsia. Saya sendiri berasa lucu dengan fiil Syakila yang entah apa-apa itu. Tapi, itulah penangan perasaan angau tanpa sedar. Aduhai.

Kisah Farhan yang berlagak maco ala-ala Shah Rukh Khan tapi dia tak sedar yang dia nampak poyo. Secara peribadi, saya suka dengan watak Farhan ini. Dia berkeyakinan tinggi dengan dirinya sendiri. Tidak ragu-ragu memberitahu apa yang dia rasa. Maknanya dia seorang yang berterus terang. Kalau dia suka, dia beritahu walau sering dikecewakan. Orang nampak dia macam okey, tapi dalam hatinya entah siapalah tahu perasaan sebenarnya.

Kisah Selamat yang menggelabah tak bertempat. Dia mengalami satu penyakit aneh yang sekali gus melucukan. Tapi, penyakit itulah yang menghantui dirinya sehingga dia hampir-hampir mahu bunuh diri. Namun, belum sempat dia merealisasikan niatnya itu, takdir telah menemukan dia dengan seseorang yang bakal mengubah hidupnya.

Kisah Ana yang kecewa dan terpaksa pula mengecewakan orang lain. Watak Ana ini sebenarnya dekat dengan saya dan kadang-kadang Ana ni saya rasa memang patut kena lempang. Nak tahu sebab apa, sila baca kisahnya dalam novel ini.

Dia Bukan Shah Rukh Khan mengambil masa lebih kurang setahun untuk disiapkan. Itu tak termasuk draf dalam kepala... hehe. Naskhah ini bagi saya lebih dekat dengan diri sendiri dan kisahnya mungkin lebih berat. Hampir pecah kepala jugalah nak mengarang novel ini. Itu belum kira saya pening dan geli tekak dengan beberapa bahagian cerita saya yang akhirnya terpaksa saya padam sebelum orang lain bakal termuntah hijau di atas novel saya nanti. Saya mengakui menghasilkan sebuah novel memang sesuatu yang memenatkan dan bukan perkara main-main.

Saya agak berpuas hati dengan penghasilan novel ini walaupun tidaklah sangat-sangat berpuas hati. Malangnya, tiada kisah kahwin paksa di sini sebab saya mengaku saya tak pandai tulis kisah kahwin-kahwin paksa dan kisah anak orang kaya. Kalau saya tulis, tulisan saya akan nampak tak berpijak di bumi yang nyata. Novel ni mungkin... mungkin berbeza sedikit dengan novel-novel Melayu yang lain.

Tapi, sekurang-kurangnya saya gembira kerana dapat sampaikan apa yang ingin saya sampaikan. Hidup ini penuh dengan harapan. Kemaafan itu sebenarnya menyejukkan hati dan meredakan kemarahan. Jadi, hidup mesti diteruskan. Selagi masih hidup, kita masih ada harapan.

Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan novel ini termasuk editornya, penyemak aksaranya, penata aksaranya, pereka kulit bukunya dan kepada semua yang mempromosi buku ini dari mula ia diuar-uarkan sehingga sekarang. Dan yang paling utama, kepada Allah yang beri pinjam ilham untuk menulis ini kepada saya dan juga keluarga terutama emak kesayangan yang setiap minggu bertanya dah siap ke tak manuskrip saya ni... hahaha.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada naskhah ini. Selamat membeli dan selamat membaca. Terima kasih. Wah... panjangnya nota ni!

Novel ini boleh didapati di semua rangkaian kedai MPH dan POPULAR seluruh negara. Jika ingin membeli secara atas talian, boleh klik link ini: www.jsadiwarna.com

Novel-novel lain Kamalia:







Tuesday 7 January 2014

Aku Belajar daripada Surah al-Baqarah

Subhanallah, betapa agungnya anugerah Allah berikan kepada aku. aku memang tidak mampu untuk membalas segala pemberian Allah ini. Aku dahulunya berbeza dengan aku yang sekarang.
Sejujurnya aku pasti menitiskan air mata apabila aku melihat gambar-gambar lama aku dahulu yang mana aku sendiri rasa malu akan diri aku dahulu.

Dahulu aku seperti wanita yang dikatakan oleh Rasulullah yang mana akan wujud sekumpulan wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Akulah wanita itu, Ya Rasulullah. Aku lupa akan pesanmu itu. Aku lalai dalam menjalankan tanggungjawab aku sebagai muslimah. Aku membawa ayahku bersama-sama dengan aku ke neraka. Ya Allah, aku 
takut akan dosa-dosa yang aku lakukan ini. Aku tidak menutup aurat selama aku hidup ini Ya Allah. 

Dahulu aku tidak mengerti kenapa ada wanita-wanita Islam yang memakai stoking. Dahulu aku tidak mengerti kenapa harus wanita-wanita Islam itu memakai tudung labuh. Dahulu juga aku tidak mengerti kenapa perlu mereka memakai purdah. Jahilnya aku dalam ilmu agama aku sendiri. Aku ambil ringan tentang aurat ini. 

Siang dan malam aku tunduk sujud kepada-Mu Ya Allah. Aku mohon agar Engkau membuka pintu taubatku, supaya Engkau tunjukkan aku ke jalan yang Engkau redhai. Biarpun bertahun lamanya aku menunggu doaku dimakbulkan. Aku bersyukur, akhirnya Engkau makbulkan jua doaku. 

Dahulu aku seorang yang sentiasa up to date dengan fashion. Dahulu aku tengok wanita-wanita Islam yang memakai tudung labuh itu, kolot, pakaian ketinggalan zaman, tidak follow up dengan fashion sekarang. Malah aku takut untuk dekatkan diri dengan mereka kerana aku takut ditegur oleh mereka. 

Namun, sekarang semuanya dah berubah. Semuanya ini kerana anugerah yang Engkau berikan Ya Allah. Aku mulakan langkah awal aku dengan memakai stoking. Walaupun aku tahu aku masih tidak sempurna aurat ku, namun aku akan terus mengubah penampilan aku. Kemudian, aku labuhkan tudung aku hingga paras dada, aku tidak mahu menayang bentuk dada aku kepada lelaki ajnabi. 

Akhirnya aku terus melabuhkan bajuku hingga bawah paras punggung. Aku mula memakai baju yang longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Biarpun dahulu aku tengok mereka yang memakai baju longgar itu sangatlah tidak menarik, namun sekarang akulah antara mereka yang tidak menarik perhatian orang itu. Aku lupakan segalanya mengenai fashion dunia sekarang, aku sudah jumpa apa yang aku cari selama ini. Aku bersyukur Ya Allah, kerana aku belum terlambat untuk berubah. 

Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah, iaitu:

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Aku pegang pada ayat ini. Ayat ini telah membuka mata hati aku untuk mencari apa yang aku benci dahulu adalah apa yang aku lakukan sekarang. Aku mula muhasabah diri aku untuk mencari kekurangan yang ada dalam diri aku ini dan aku akan terus mengubah diri aku ke arah kebaikan. 


Sejak aku mendapat hidayah dari Allah ini, aku pasti tidak akan sia-siakan apa yang Allah berikan kepada aku. Aku takut Allah akan menarik semula hidayah ini dan aku kembali ke jalan yang sesat itu. Aku mula belajar membaca al-Quran yang telah lama aku tinggalkan. Daripada aku mengeja satu per satu huruf dalam al-Quran itu, akhirnya aku mula fasih membaca al-Quran. Alhamdulillah. Ya Allah, aku memang takkan sia-siakan segala pemberian Mu ini. Ya Allah, bukakanlah juga pintu hati umatMu yang lain. Janganlah Engkau sesatkan mereka. Amin.

Facebook          : https://www.facebook.com/SyazaIbrahim
Twitter                 : https://twitter.com/Syaza_Ibrahim
Blog                     : itsmejaja.blogspot.com
Google Plus        :  https://plus.google.com/u/0/+SyazaIbrahim/about

      

Ulasan Novel Umum: 'Skandalous' Ika : Cinta Berani Mati

Salam semua
:)

Hari ini Cik Manis nak kongsikan dengan rakan-rakan berkenaan sebuah lagi novel umum Adiwarna yang berjudul 'Skandalous Ika': Cinta Berani Mati. Jom Cik Manis review sedikit berkenaan novel ini.

Secara ringkasnya novel ini mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zulaika yang berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Zulaika tekad untuk mengubah nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh. Dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke University of York. Pengenalannya dengan Idli menimbulkan bait-bait cinta. Namun, jarak yang memisahkan mereka kerana keduanya belajar di Universiti yang berbeza membuatkan hubungan mereka bertambah renggang. Apatah lagi, Idli tekad memutuskan hubungan mereka. Bermula daripada kekecewaan itulah, Zulaika mula terjebak dengan skandal bersama suami orang. Suami Kak Zila, Abang Rayyan bukan orang asing bagi Zulaika. Zulaika pernah menjadi pengasuh anak kembar pasagan tersebut. Pada mulanya Zulaika kurang memberi respon. Namun, sikap Abang Rayyan yang penyanyang dan mengambil berat membuatkan hati Ika semakin cair. Apatah lagi, ika dillimpahkan dengan barang-barang berjenama, melancong ke luar negara, duit belanja sehinggakan sewa rumah juga dibayar oleh Abang Rayyan. Hidup mewah sangat=sangat diidamkan Ika selama ini. Tetapi, mampukah cinta ika bersama suami orang berakhir ke jingjing pelamin. Apatah lagi, suami orang yang dimaksudkan adalah suami kepada Kak Zila iaitu orang kuat Kelab Jarum di daerah York ini. Beranikah ika mengambil resiko dan tekad bersama dengan Abang Rayyan? Bagaimana pula dengan Idli yang kembali merayu kasihnya? Jom, dapatkan novel Skandalous Ika : Cinta Berani Mati. 

Bagi pendapat Cik Manis, novel ini merupakan sebuah novel yang sarat dengan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Banyak unsur nasihat yang ditekankan penulis. Antaranya mengenai dosa mengumpat. Kelab Jarum yang dianggotai oleh Kak Zila dan rakan-rakanya bertujuan sebagai kelab untuk borak-borak dan sembang-sembang berkenaan orang lain. Namun, apa yang tidak baiknya kelab tersebut menjadi tempat mereka menceritakan keburukan orang lain sehingga mempengaruhi penuntut-penuntut Malaysia di York untuk sama-sama memulaukan  individu yang mereka tidak suka. Penulis banyak memberi info berkenaan megumpat. Misalnya :

Definisi mengumpat atau ghibah dalam bahasa Arab mengikut hadis adalah, menyebut dan menceritakan sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya. Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya. 

Selain itu, penulis juga menerangkan sedikit berkenaan besarnya dosa mengumpat melalui hadis Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad :

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukakn umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampunkan oleh orang yang diumpatnya.

Penulis menceritakkan kehidupan dan liku-lku yang dilalui oleh Zulaika sebagai pelajar di bumi asing itu. Bermula daripada pengenalan Zulaika dengan Kak Zila dan suaminya Abang Rayyan sehinggalah kepada 'Kelab Jarum' yang wujud dalam kalangan penuntut Malaysia di situ.  Zulaika