Thursday 24 July 2014

Petua Hati - Dari Mana Datangnya Cinta?

Assalamualaikum.


Hari ini saya hendak kongsikan kepada anda setiap bait kata-kata indah yang saya angkat daripada beberapa cerpen di dalam antologi cerpen keluaran JS Adiwarna iaitu Kerana Dia, Ratu Sehari.

Assalamualaikum Cinta!
Dialah keindahan yang aku cari-cari selama ini. Dialah ketenangan itu. Dialah rupa-rupanya.

Beribu Sesalan
Berikanlah aku satu lagi kesempatan untuk menjadi isteri yang terbaik buat dia; taat pada dia.Reda-Mu kepadaku terletak pada reda suamiku kepadaku.

Diari Pengapit
Yang paling menyakitkan adalah apabila orang yang paling kita cintai jadi milik oleh orang yang paling kita sayangi. Hanya yang mampu kita lakukan ialah senyum.

Gaun Kahwin Aku!
Warna 'off white' dengan baju stail 'goddes'. Memang 'kelas', jaranglah orang Sungai Petani nak buat macam tu!

Gaun Pengantin Untuk Hannah.
Hannah: Tapi saya tak nak jadi pilihan terakhir awak.
Azfar: Mungkin awak pilihan yang terbaik untuk saya.

HIV (+)
Tapi ade satu HIV yang menyesakkan dada Vee. Rasa nak tampar Haiqal sampai terpusing kepala dia.  Marah! "Haiqal Inginkan Vee"

Ilham, Teruskanlah Memujukku
...hadiahkan aku seorang pasangan yang sentiasa rindukan-Mu dan sanggu bersusah payah dalam jalan menuju reda-Mu.

Jodoh Pasti Bertemu (Doktor Cinta Vs Doktor Bius)
Aku dah masuk 27 tahun tapi masih belum ada pasangan sedangkan kawan-kawan aku ada yang dah beranak pinak. Aku ni, doktor cinta. Tapi diri sendiri tak terurus.

Kahwin Anak Sarjan!
Baju pengantin adalah impian setiap wanita. Setiap rekaan punya maksud yang tersendiri. Setiap warna ada ceritanya masing-masing.

Konserto Dalam Hujan
Wahai pencuri hati yang teguh, kucinta dirimu dari jauh.

Konspirasi
Seseorang itu dicintai kerana dia sememangnya layak dicintai. Tak ada sebab atau alasan untuk mencintai seseorang.

Mak Andam! Oh Mak Andam!
Pelamin yang bertemakan warna perak, ungu dan sedikit percikan merah jambu itu menjadi mercu majlis sederhana kami.

Mencintaimu...
Mudahkanlah hatiku menerimanya, dna mudahkanlah dia menerimaku seadanya. Kau berkatilah keluarga yang akan terbina ini dengan rahmat-Mu.

Perempuan Seperti Aku
Madu? Inikah rasanya hidup bermadu? Tampak Manis, tampak indah, tampak sempurna. Namun, rasanya pahit pada yang curi-curi untuk meneguknya.

Saat Dia Bernikah
Sudahlah kau rampas tunang aku, warna tema baju nikah yang aku idam-idamkan pun kau nak tiru juga?

Strike! Aku Sudah Jatuh Cinta.
Tak rasa ke nak lihat dulu bakal tunang kau tu? Mana tahu dia muka pecah rumah. Sanggup ke nak menghadap hari-hari?

Tunang Aku Setan
Aku berdoa agar Tuhan menemukan aku dengan seseorang lelaki yang mencintai dan merinduiku melebihi aku mencintai dan merinduinya.

Yahoo...Aku Dah Kahwin!
"Mak yakinAizat boleh! UPSR, PMR, SPM, sarjana muda dan sarjana, semua Ijat sapu bersih. Takkan nak menikah, berdebar pula?"

Ha...menarik tak? Ini baru sebahagian. Anda kena baca antologi ni untuk tahu kisah seterusnya. Banyak pengalam dan pengajaran yang sesuai untuk anda. Walimatul urus, bukan urusan mudah.






By: Hana Adiwarna

Wednesday 23 July 2014

Buat Penggemar Coklat Tegar

Assalamualaikum.



Hari ni sudah hari ke 25 kita berpuasa. Semakin dekat dengan sambutan hari raya, semakin banyak juadah yang dikongsi untuk anda memeriahkan lagi hari raya anda nanti. Resepi kali ini sangat mengujakan saya. Sebagai penggemar coklat tegar, sudah semestinya resepi ini berjaya menambat hati saya melebihi bermacam-macam resepi manisan yang saya cari di laman sesawang. Maaf. Bagi yang sedang ingin berdiet, resepi ini ditegah 100% untuk anda mencuba. Jangan kata nak cuba, fikir pun tak boleh. Ianya hanya akan merosakkan program diet anda.


Kepuasan menikmati coklat adalah my all time favourite. Oleh itu, wajib untuk saya berkongsi resepi my dream cupcake yang saya jumpa di laman youtube. Resepi ini tang diambil daripada Cookies Cupcakes And Cardio ini boleh membuat sehingga 24 biji cupcakes.


Ferrero Rocher & Nutella Cupcakes

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung all purpose/gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko tanpa gula
1 1/2 sdu teh serbuk penaik
3/4 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak sayuran
3/4 cawan buttermilk
3/4 air suam
2 biji telur
1 sudu teh ekstrak vanila
24 biji Ferrero Rocher

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar kepada 350F/170C
  2. Dengan menggunakan mixer, campur semua bahan kering (tepung, gula, serbuk penaik, baking soda dan garam) dan gaul sebati.
  3. Hidupkan mixer ke tahap rendah dan masukkan telur, vanila, minyak, air dan mentega.  Biarkan semua bahan sebati.
  4. Letakkan satu sudu adunan di bahagian bawah kertas cupcake dan letakkan Ferrero Rocher di tenagh-tengah. Tutup dengan satu sudu adunan.
  5. Ulang langkah di ats sehingga adunan habis.
  6. Bakar selama 20 minit. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum pembekuan.

Kemudian, untuk cream topping cupcakes.

Nutella Buttercream

1 cawan mentega tanpa garam, lembutkan mengikut suhu bilik.
2 cawan gula aising
3/4 cawan Nutella
3-4 heavy cream atau susu
2 sudu teh estrak vanila

  1. Dalam mixer, pukul mentega sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan gula aising dan pukul lagi.
  3. Tambah vanila, Nutella dan satu sudu susu pada satu masa sehingga mendapat konsisten yang dikehendaki.
Dah siap semua bahan, anda boleh hias cupcakes anda mengikut kreativiti dan enjoy.


Kalau anda kurang faham dengan cara-cara menyediakan resepi ini, anda boleh tonton sendiri di laman sesawang Youtube untuk melihat sendiri cara-caranya yang lebih teliti.


Selamat mencuba.

By: Hana Adiwarna

Tuesday 22 July 2014

Majlis Iftar 2014

Assalamualaikum.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, satu majlis berbuka puasa bersama warga Js Adiwarna telah diadakan pada hari Isnin 21 Julai 2014 bersamaan 23 Ramadhan 1435H di Hotel Bangi-Putrajaya, Bangi (yang dulunya dikenali sebagai Hotel Equetorial tu). Bermula dengan ketibaan para jemputan sebelum maghrib. 

Dewan yang disediakan oleh pihak hotel bagi majlis berbuka puasa ini bukan sahaja penuh dengan elbagai jenis jaudah berbuka puasa, malah penuh dengan tetamu-tetamu yang ingin berbuka puasa di sana. Juadah yang disediakan terdiri daripada masakan melayu, aneka sup, kuih-muih, buah-buahan, pelbagai jenis pencuci mulut, makanan barat, kambing bakar, dan seafood. 

Apa yang menarik berbuka puasa di hotel ini ialah hidangan makanannya yang sangat menyelerakan dan tentu sekali menu utama bagi berbuka puasa ialah Nasi Beriyani Gam Batu Pahat. Oh...memang sedap. Saya mestilah puji makanan tempat asal saya sendiri. 



Kesemua warga Adiwarna membawa ahli keluarga masing-masing kecuali yang bujang-bujang macam saya la. Sambil menikmati juadah, para jemputan berborak dan bersantai dengan halwa telinga yang disediakan oleh ihak hotel. Suasananya yang selesa dan pilihan makanan yang pelbagai menyebabkan hotel ini menjadi pilihan Adiwarna sebagai tempat mengadakan majlis berbuka puasa ini. Ya...selepas menjamu selera dan nafsu makan masing-masing, haruslah sesi photo shoot.  

 
Puan Noor Suraya bersama Encik Rosdi

 
Puan Norfadillah bersama keluarga

 
Puan Siti bersama suami
  
 
Posing mesti ada.

 
Cik Manis

 
Staf Adiwarna

 
Seluruh warga Adiwarna dan keluarga

By: Hana Adiwarna

Wednesday 16 July 2014

Biskut Raya - Miss Butter Cookies

Asslamualaikum.

Alhamdulillah, ibadah puasa kita semakin habis. Bermakna semakin dekat kita dengan sambutan hari raya. Hari di mana, umat Islam menyambut kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa. Bersama dengan itu, kita teruskan berdoa agar saudara kita yang sedang bertarung mempertahankan Islam dan negara mereka di sana akan terus dilindungi Allah swt dan mencapai kemenangan.

Baiklah. Bagaimana dengan persiapan hari raya anda? Semestinya anda sudah menyiapkan hampir semua kelengkapan sempena menyambut haru raya. Begitu juga saya. Semalam ke Jalan Tun Abdul Razak untuk membeli baju raya.


Pelbagai jaudah yang akan disediakan termasuk biskut raya. Bermacam-macam biskut raya cantik-cantik yang dijual bagi memikat hati anda. Namun, tidak semanis dan sesedap BUTTER COOKIES. Biskut yang mampu mencarikan detik-detik indah. Setiap gigitan akan mencair di dalam mulut anda. Sukar untuk berhenti selepas gigitan pertama. Sharing is loving. Biskut yang sangat sempurna untuk disertakan sebagai juadah di hari raya. Biskut ini berasal daripada Denmark.
Biskut ini mudah didapati di mana-mana supermarket. Namun anda boleh cuba buat sendiri biskut ini di rumah. Cuma ikut sahaja resepi biskut yang diambil daripada blog Cik HaSue.

Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g teoung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan -hasue letak badam cincang,gaul sekali dalam adunan
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

 Bukan sahaja resepinya yang mudah malah semanis, sesedap dan secantik Miss Butter Cookies = Cik Danisa.


By: Hana Adiwarna

Monday 14 July 2014

Mungkin Kisah Cinta Anda



 Assalamualaikum




Sebuah antologi cerpen Kerana Dia, Ratu Sehari memuatkan 40 buah cerpen yang dikarang oleh penulis-penulis yang terkenal dan penuh bakat. Antologi cerpen yang mengisarkan tentang kisah alam percintaan dan memasuki gerbang perkahwinan. 

Bermula dari kisah percintaan yang dimainkan oleh watak-watak yang menarik. Kisah di awal perkenalan, strategi dan idea yang dilakukan untuk menambat hati insan yang dicintai, bercinta selepas nikah, cinta kerana Allah swt, cinta kakak kepada adik, korban cinta demi orang yang tersayang, halangan percintaan, perbalahan antara keluarga, pendam cinta dan lain-lain lagi.

Kemudiannya, Noor Suraya memilih cerpen yang berkisarkan tentang kisah-kisah dan dilema ketika perkahwinan. Pertunangan yang tidak kesampaian, risikan, rombongan meminang, masalah mas kahwin, masalah di majlis perkahwinan seperti mak andam, dan baju pengantin, komplikasi yang dihadapi oleh watak-watak utama, ujian-ujian yang dihadapi semasa ingin mendirikan masjid dan bermacam lagi kisah menarik yang mampu membuatkan pembaca tersenym dan berfikir.

Seterusnya, Noor Suraya turut memilih cerpen yang menceritakan kisah di alam perkahwinan. Tingkah laku si isteri yang takut suaminya berkahwin lagi, serta kisah ketabahan wanita yang akan dimadukan.

Selain itu, terdapat sebuah kisah yang pada pengamatan saya amat menarik sekali hampir menyerupai salah satu kisah percintaan saya iaitu sebuah cerpen yang bertajuk  Perempuan Seperti Aku karya Rinzuas. Sebuah cerpen yang mengisahkan tentang 2 orang wanita yang akan dimadukan. Bagaimana tabahnya hati, iman dan keyakinan mereka kepada Allah swt tentang rancangan-Nya. Bagaimana Allah swt jadikan wanita itu lembut tetapi memiliki hati yang kuat. Kerana cinta mereka kepada Allah swt yang lebih besar telah menandingi cinta mereka kepada manusia. Kisah ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua kaum hawa. Kisah ini semestinya telah menimbulkan persoalan dan membuatkan saya berfikir. Adakah cinta dalam hati saya ini dimiliki oleh Allah swt ataupun hanya manusia bergelar lelaki sehingga mampu redha dengan setiap ketentuan dan percaturan-Nya?


Lebih banyak lagi kisah cinta yang indah-indah, lucu, duka, bahagia yang mampu membuat anda tertambat. 

 'Alangkah seronoknya jika kisah cinta indah ini seperti kisah cinta aku.'

 'Wah! seronoknya jadi watak dalam cerpen ni. Bahagia.'


Angan-angan jika disertakan dengan doa, boleh menjadi kenyataan.

Atau

Mungkin salah satu daripada kisah dalam antologi cerpen ini hampir serupa dengan kisah cinta yang pernah anda alami. Siapa tahu.



 By: Hana Adiwarna


Wednesday 9 July 2014

Tawaran Hebat Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum.

  


Nampak tak banner di atas tu? Ha...hari ini bukan sesi kongsi tip-tip tetapi hari saya nak kongsi kepada anda tentang tawaran hebat. Ya...tawaran hebat untuk anda menambahkan amal ibadah anda dibulan puasa ini. Cara-caranya dengan menderma yang juga dikenali sebagai bersedekah. Bersedekah tidak semestinya dengan wang ringgit tetapi juga dengan ilmu yang bermanfaat. Promosi ini mempunyai dua pakej. Anda boleh memilih pakej yang disediakan. Terpulang kepada keikhlasan hati anda untuk memberi.


Nabi Muhammad SAW bersabda :-
Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.(Riwayat at-Tirmidzi)

Oleh itu,  jom  banyakkan bersedekah dalam bulan Ramadhan, mana nak tahu ini Ramadhan terakhir kan.. Wallahualam.  Mungkin sedekah ini dapat manfaat yang lain buat diri sendiri.
Puasa tidak hanya menahan lapar dan dahaga. Mengapa tidak anda jadikan bulan puasa kali ini lebih bermakna untuk diri anda dengan menderma buku-buku kepada anak-anak yatim. Anda juga boleh mebuat pesanan dengan mengantar PM di inbox facebook JS ADIWARNA .Insya-Allah, derma yang anda hulurkan akan membawa kebaikan dan manfaat kepada mereka.



Semoga pemberian anda mendapat ganjaran yang besar daripada-Nya. Amin.

By: Hana Adiwarna

Tuesday 8 July 2014

Makanan Tingkatkan Metabolisma dan Membakar Lemak



Assalamualaikum.

Hari ini sudah masuk hari kesebelas kita menjalani ibadat puasa. Bagi yang ingin berdiet untuk kelihatan cantik pada hari raya nanti, bulan puasa merupakan bulan yang paling sesuai untuk berdiet. Puasa boleh dikategorikan sebagai salah satu cara berdiet yang bukan sahaja dapat merehatkan perut daripada bekerja sepanjang tahun, malah menjalani ibadat puasa memberikan pahala serta banyak kelebihan yang lain. Apa kata kita jadikan bulan puasa sebagai suatu program diet yang ‘menjinakkan’ perut kita daripada mengidam bermacam-macam juadah pada hari raya nanti. Setiap tahun kita mengajar diri untuk menahan lapar dan dahaga tetapi bukan setakat itu sahaja. Ramadan mengajar kita menahan seluruh tubuh badan kita daripada melakukan dosa walaupun kecil. 

Saya tidak akan kongsikan kepada anda cara untuk berdiet di bulan puasa kerana berdiet hanya akan merosakkan lagi metabolisma badan anda. Berdiet boleh membunuh hormon leptin yang hanya akan meningkatkan kadar kegemukan dua kali ganda lebih cepat. 


Ketika menyediakan hidangan berbuka puasa, lebihkan makanan berikut bagi meningkatkan metabolisma, seterusnya membakar lemak badan anda.
1

  1. Sayuran cruciferous – sayuran yang mengandungi vitamin B seperti kubis, bayam, brussels, tauge, brokoli, kubis bunga, saderi, asparagus dan timun
  2. Kekacang
  3. Minyak kelapa dan minyak zaitun
  4. Buah-buahan – strawberi, bluberi, raspberi, pear, pich, epal, oren, lemon dan grapefruit 
  5. Avokado
  6. Tomato
  7. Tembikai, tembikai susu dan semangka
  8. Oatmeal dan whole grains (bukan wheat @ bran), beras perang.
  9. Halia, bawang putih dan cili api.
  10. Bijan dan biji chia
  11. Susu, yogurt rendah lemak dan keju rendah lemak.
  12. Rempah-kari, lada hitam, mustard,  cayene pepper, kayu manis
  13. Lean meats - dada ayam @ turkey, Ikan 
  14. Putih telur
  15. Badam, gajus dan kekacang (sebagai snek, bukan sampai kenyang)
  16. Cuka masakan atau cuka buahan
  17. Kopi (0% gula dan susu)  
  18. Teh hijau dan teh ais (0% gula dan susu)
  19. Air
  20. Protien kocak dan campuran jus buah.
Variasikan makanan di atas sebagai menu juadah berbuka puasa, sahur serta makan lewat malam. Tak rugi mencuba. Alang-alang dah berpuasa, makanlah makanan yang lebih sihat untuk tingkatkan metabolisma badan anda serta membakar lemak. 


Nyum...nyum! Selamat berpuasa. Assalamualaikum.

By: Hana Adiwarna

Sumber: Food That Boost Your Metabolism Naturally 
             36 Super Food That Burn Fat & Help You Lose Weight