Wednesday 31 December 2014

Madah - Madah ...Dan Dafodil Pun Berbunga Lagi




  •   Kata murabbinya lembut, “Allah dah aturkan takdir kita. Tapi Allah suruh kita berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkallah pada-Nya. Kalau usaha kita itu tidak Allah izinkan kejayaannya, itu tidak bererti Allah tidak sayang pada kita. Tapi kerana dia sayangkan dia tak makbulkan permintaan kita.”

 –halaman 24-

  •  “Alia, jodoh itu Allah tetapkan. Terpisah sejauh manapun, kalau itu yang Allah inginkan, maka itulah yang berlaku. Tiada siapa yang mampu nafikan kuasa Allah. Kalau Allah dah tetapkan seseorang itu kahwin cerai, kahwin cerai, atau berkahwin dua atau tiga kali, itu kerana telah Dia tetapkan mungkin untuk kita bertemu dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul. Dia uji kita dengan kesusahan agar kita menikmati anugerahnya kemudian.” sambung Kak Nabilah lagi.

 –halaman 24-


  •   Kata hati seorang perempuan itu selalunya tepat, kan, emak?”

“Betul.. tapi istikharah, InshaAllah pilihan yang terbaik yang Alia boleh buat dengan petunjuk Allah.”
“Ya. Lepas jumpa dengan Ansari, Alia sebenarnya serabut sangat mak. Jadi Alia istikharah setiap malam. Dan rasa itu yang terlebih baik selepas istikharah. Rasa berat hati itu hilang. Lagipun emak, apa gunanya Alia menjudikan nasib Alia dengan tetap berkeras untuk tetap berkahwin dengan Ansari kalau dia ada orang lain? Dia mungkin tak boleh nak luahkan, tapi itu kemungkinan yang paling hampir yang boleh Alia fikirkan.”
 –halaman 40-


  •   “Saya tak pasti Alia perasan atau tidak, sedar atau tak. Apabila kita jauh dari keluarga, ruang lingkup kehidupan yang penuh selesa, kita kadang-kadang mencari-cari sesuatu untuk kita berpegang dan berpaut. Apabila jauh begini, yang menguji kita adalah diri kita sendiri. Siapa yang nak tangkap kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan? Tak ada. Disini mana ada pencegah maksiat yang nak serbu rumah kita. Tak ada,” terang Ikhwan lagi.

-halaman 120-



  •   “Saya cuma perlukan masa awak lima minit. Tak lebih ,” tutur Ariana.

“Saya tak berhutang dengan awak, dan saya tak perlu nak setuju dengan permintaan awak.” Alia bingkas. Tiba-tiba lengannya dipegang Ariana.
“Tolonglah. Saya tahu saya jadi punca awak dan Ansari putus tuning dulu. Tapi perlu ke awak jadi punca untuk saya dan Ansari putus?” soal Ariana.
                                                                                    -halaman 165-



  •   “Awak keluar dengan siapa tadi?”

“Awak ni kenapa? Saya nak keluar dengan siapa, nak pergi mana, awak siapa nak soal saya? Jaga hal sendiri, boleh?” soal Ariana tertawa sinis.
“Saya nak bincangkan hal kita dan saya ada hak untuk ambil tahu ke mana awak pergi, dengan siapa awak keluar. Awak tuning saya, Alia.” keras Ansari membalas. Langsung Alia tertawa sinis.
                                                                                -halaman 178-


  •   “Kadang-kadang Alia, hidup dengan orang yang amat cintai kita adalah lebih baik daripada hidup dengan orang yang amat kita cintai. Orang yang amat kita cintai itu belum tentu dapat bahagiakan kita seperti orang yang amat mencintai dan menyayangi kita. Contohnya yang terdekat…kau boleh tengok aku dengan Fitri,” beritahu Suzana dengan senyuman di bibir.

-halaman 251-



  •   “Manusia tak dapat hidup tanpa sejarah. Sejarah yang menentukan hari depan sesuatu bangsa, dan sejarah tu sesuatu yang mungkin berulang. Jangan lupa tu!” ujar Alia.

-halaman 253-

  •    “Kak Alia… apabila datang pada kita seorang lelaki yang baik agamanya, akhlaknya, kelakuannya, rebutlah peluang itu. Tak perlu lepaskan kepada orang lain. Membina masjid itu ibadah. Membina rumah tangga itu ibadah. Kita menunaikan tanggungjawab sebagai umat Muhammad dalam mengikut sunnahnya.”

                                                                                                 -halaman 260-


  •   Pada Alia, dalam sebuah perkahwinan itu sikap berterus-terang itu adalah kunci kebahagiaan. Seorang suami dan isteri tidak seharusnya memendam rasa. Setiap masalah boleh diselesaikan dengam perbincangan. Tapi barangkali juga ada sesuatu tempoh dimana antara mereka perlu ada ruang untuk mengendurkan ketegangan yang ada. Dan hakikatnya, masalah Aiman dan Alia bukan satu masalah terpencil. Masalah perasaan dan hati. Hanya itu!


                                                                                                  -halaman 405-


Tuesday 9 December 2014

Kekasih Waktu


Zaynn seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di India dalam jurusan perubatan. Selama di India, dia sering sahaja mengembara ketika cuti semester dan adakalanya gemar menginap di rumah keluarga kawannya yang mana merupakan anak kepada duta besar Malaysia di India.

            “Lama sungguh Zaynn buat perubatan, kan. Sukatan pelajarannya tidak sama dengan di tempat lain ke?” Tanya ibu Dian dengan gaya yang polos tetapi tetap berbaur sarkastik.

Dia tahu, beza umur Zaynn dengan Dian hanya tiga tahun, tetapi Si Dian yang belajar kejuruteraan di Toulouse itu sudah pada tahun akhir, semester pertama. Anak lelaki Farhana ini memang suka main-main, sebab itu lambat lulus. Dimanjakan sangat! Itulah kesimpulan yang Puan Sri Habibah buat dalam hati. Dani yang muda setahun daripada Zaynn pun sudah mula bekerja.

Zaynn selalu merasakan kalau keluarganya meminang Dian nanti, yang susah melepaskan Dian tentunya Puan Sri Habibah. Tidak seperti umi yang hanya memberi dorongan dan melihat mereka mengikut jalan yang betul, ibu Dian pula mahu anak-anaknya mengikut telunjuknya. Walaupun hanya lulus SPM pangkat tiga, si isteri ini kalau memaksa pada kehendaknya mengalahkan sang suami yang ada sarjana dalam

Pentadbiran Awam dan Diplomatik dari Universiti Cambridge. Itu yang Zaynn nampak apabila bersua dengan ibu Dian ini. Puan Sri agak cerewet juga.
Zaynn sudah lama menyimpan perasaan terhadap Dian yang merupakan anak perempuan kepada Syeikh Mahfuz, duta besar Malaysia itu. Selama Zayn pulang ke Malaysia, Zayn sering berbalas poskad dengan Dian.

            Dian, bak kata Aristotle,orang yang mampu berfikir secara metaforikal adalah manusia ‘genius’ dan aku rasa kebanyakan karya Melayu lama, khususnya Hikayat Hang Tuah, Sulatus Salatin itu dihasilkan oleh manusia Melayu yang geliga akalnya.

Kau meminta aku meninggalkan sesuatu yang indah dan genius? Begitukah Perancis mengajarmu tentang sastera dan warisan lama?

            Zaynn, sesekali apa salahnya kau membiarkan aku menang sewaktu berhujah. Itu namanya lelaki budiman.

Sejak dahulu Zaynn anak lelaki yang baik dan sopan lagi bertanggungjawab! Zaynn kesayangan semua orang.  Kebanggaan keluarganya. Dan sekarang lelaki yang bernaung di hatiku. Sayangnya, dia tidak pernah sedar tentang itu. Dia tidak pernah perasan bagaimana hatiku terusik dengan kata-kata daripada poskadnya akhir-akhir ini.

Dia tidak pernah sedar, bagaimana jantungku bergetar dengan suaranya yang unik mirip Dato’ Shake – penyanyi lagu-lagu Perancis kesukaan ayah- setiap kali dia berkata-kata.

Rumah kecil atas pokok jambu inilah tempat kami bermain-main sebelum kami menginjak remaja. Inilah tempat kesukaan ku ketika aku tinggal bersama nenek beberapa tahun kerana ayah menghabiskan sebahagian masanya di  Paris, Den Haag (The Hague) dan New Delhi. Keluarga Zaynn berjiran dengan nenek aku sejak 18 tahun yang lalu. Dari persahabatan waktu kecil itu, kami bersahabat sehingga kini.

Dan Zaynn, aku kira dia lelaki tanpa perasaan kerana semua saudaranya – Nafisya, Zetti, Najaah dan Nuha itu perempuan. Sebab itu dia sesuka hati sahaja berbicara padaku sepertimana dia bercakap dengan adik beradiknya yang lain. Lalu aku jamin dia tak ada hati apa-apa padaku.

Biarpun sejak setahun yang lalu, poskadnya sudah bertukar arah dan dia mula menulis sebakul ayat berbunga-bunga kepadaku.
Yang jelasnya, tulisannya tidak pernah tergelincir untuk menulis sebaris ayat keramat yang aku tunggu-tunggu, “ Saya suka awak, Dian!” Sekurang-kurangnyalah….
           

Cukup-cukuplah mengirim poskad, Zaynn. Kirimlah pula hatimu padaku, supaya aku boleh simpannya di sini! Biar aku kunci betul-betul dalam peti hatiku yang paling dalam. Moga hatimu tidak dilirik mana-mana gadis. Aku mula bimbang Zaynn, kalau-kalau kau memilih gadis hidung bak seludang dengan mata bundar bercelak itu.

Seram sejuk Dian menerima poskad daripada Zaynn. Memanglah sudah lama dia menunggu-nunggu kalau-kalau Zaynn ada apa-apa perasaan kepadanya. Tetapi menerima poskad dengan bahasa beli jiwa siap tersisip dengan kata ‘rindu’ itu buat Dian terasa hendak demam serentak. Tidak pernah dalam persahabatan mereka Zaynn berkata ‘aneh’ begini.

Apatah lagi, poskad itu bukan dibelinya. Tetapi Zaynn buat sendiri. Poskad itu ilustrasi wajah Dian sewaktu berumur lapan tahun. Tulisan Zaynn yang halus, memaksa Dian mencari kanta pembesar untuk membaca baris kata-katanya.
        

  Dian,
            Aku kira dengan menulis namam atas angin, aku dapat biarkan kau pergi jauh daripadaku. Rupanya, aku lupa Dian... justeru angin lembut itulah yang telah menebarkan namamu di setiap penjuru alam, lantas aku menemui namamu di mana-mana: dalam tidurku dan jagaku... dalam sakit dan sihatku. Dan Dian, aku sudah tidak mampu lagi memadam rinduku padamu.
        

  Aku yang jauh,
            Zaynn.

Betulkah apa yang Zaynn tulis? Ataupun dia menemui kata-kata indah dimana-mana dan hanya ingin berkongsi dengan aku sahaja. Lalunya bagaimana? Hatiku sedang cair saat ini. Buatnya aku salah duga hati Zaynn, seumur hidup aku jadi malu kala bertemu Zaynn nanti.
Bertenanglah Dian. Harap bertenang.
Dua hari kemudian, Dian mendapat poskad yang lain.
          

 Dian yang baik,
    Tahukah kamu, sekiranya kita bersahabat,           Seiring dengan berlalunya waktu,kita         panggil teman kita itu ‘Kekasih Waktu' dan kamu adalah ‘Kekasih Waktu’ aku!


          

      “ Adik Nuha sihat?” Najaah mengalih arah bicara pada perkara lain.
          

“Sihat. Dia kirim salam.”

Nuha, adik mereka yang tidak dapat mendengar dan berkata-kata itu sedang belajar kursus guru. Zaynn senang sekali melihat Nuha bersemangat tadi. Moga Allah mempermudahkan usaha adiknya itu. melihat Nuha tersenyum gembira tadi, hati Zaynn terasa lapang sekali.

Zaynn tadi membawa kiriman buku-buku yang diperlukan oleh Nuha. Bukan main suka Nuha menerima kiriman makanan dari rumah. Mak Intan siap bekal untuk kawan-kawan sebilik Nuha juga.

Dia menyenangi Nuha yang tidak ‘bercakap’ dan tak ‘bising’ macam Najaah. Berada di depan Nuha terasa tugasnya sebagai abang menjadi mudah. Tidak seperti berhadapan dengan Najaah yang suka melawan Zaynn. Tapi antara ketiga-tiga saudara tirinya, Zaynn mengasihi Najaah paling banyak. Mungkin kerana minat mereka hampir sama. Sama-sama suka melukis dan saling berutus surat.
           

“Dian, jangan tak balik, sebab aku rasa sudah bertahun kita tidak jumpa. Aku jadi rindu lihat wajah kau.”
          

“Zaynn!”
      “Aku serius. Aku suka kau. Assalamualaikum.”
Zaynn! Jantung Dian bagai nak luruh mendengarnya..
          

 Aku rancang nak beritahu kamu secara indah-indah, di bawah bulan purnama misalnya. Tapi hati kamu sejuk bagai besi kersani, Dian. Susah untuk kamu faham maksud tersirat aku. Maafkan aku kerana telah usik rasa kamu. Aku memang suka dan sayang kau. Aku harap dapat berjumpa kamu minggu depan.
        

  “Sebenarnya Dian hendak saya panggil apa pada Dian? Dan Dian mahu saya bahasakan diri sebagai apa?” soal Zaynn.

Memang tidak manis pun beraku-aku. Tapi, dia sengaja menggunakan ganti nama ‘aku’ begitu sebab bimbang tersasul depan ibu Dian. Bukankah awal-awal lagi Dian sudah bercerita tentang ibunya yang tidak membenarkan kami rapat? Dan yang paling penting ibunya tidak mahu menerima Zaynn sebagai menantu!
        

  “Apa-apa la. Asalkan bukan ‘aku’.”
          

 “Atau awak nak saya sebut ‘abang’.”
          

“Zetti dan Najaah pun panggil ‘abang’.” Balas Zaynn sambil menyembunyikan getar dalam dada. Kata ‘abang’ itu datangnya berserta dengan tanggungjawab.
          

“Ehemm... ‘saya’ saja! Cukup dah.” Balas Dian cepat-cepat.




Imran berubah?

Ya, itulah yang terjadi. Imran lebih senang bekerja darpada menyertai Farhanah dan Najaah di ruang dapur, akhir-akhir ini.  Sesekali kalau Nafisya balik dengan anak-anaknya kerana Azim berkursus di KL ni pun sekejap sahaja Imran anak dan cucu-cucunya itu.

Alasannya, ayah ada sesuatu yang hendak disiapkan. Penting. Jarang-jarang dia hendak pulang untuk makan tangah hari dan lebih-lebih lagi makan malam, baik waktu Nafisya dan Azim ada mahupun sewajtu Nuha balik dari asrama setiap hujung bulan.

Kenapa Imran?

Bukankah Imran pernah berkata: “Kalaulah cinta itu boleh ditunjukkan dengan rupa, Farhana adalah rupa untuk mengungkapkan istilah ‘cinta’ itu!”

Jika perkara itu terjadi, sanggupkah dia melepaskan Imran pada orang lain? Bukankah dia pernah berkata yang Imran itu kurang penting darpada rasa cinta kasihnya pada anak-anak? Kenapa rasa sedih Imran tidak mempedulikannya? Padanlah dia diuji begini!

Cinta yang pernah dia rasa pada Farhana suatu waktu dahulu bagai muncul kembali buat pertama kali dengan Nik Sofea. Benarkah, lelaki itu sifatnya mudah jatuh cinta berkali-kali dan merasakan itulah yang terakhir sekali baginya, dan kemudian dia jatuh cinta lagi? Nik Sofea itu tiada masa lalu yang berbelit-belit seperti kisahnya dengan Farhana.

Dia mencari titik persoalan fasal hati berbulan-bulan lamanya. Dia jadi takut untuk rapat dengan Farhana, bimbang dia akan melukakan hati Farhana di kemudian hari. Dia rasa bersalah untuk memupuk kasih sayang yang sudah tidah ada itu. dia tidak mahu memberikan harapan palsu kepada Farhana yang baik.

          


Cantik sungguh si Najaah ni baik tika tidur, mahupun setelah bangun. Begitulah hati Fadzril berkata-kata memuji dia yang dikasihi. Hari ini, apabila dilihatnya Najaah tidur nyenyak begitu, timbul rasa belas kasihan pula. Dia yang akan beri peluang pada Najaah, lepas itu dia mungkir janji dan siap tambah dengan kutukan lagi. Manalah Najaah tidak sakit hati.
          

“Najaah sudah-sudahlah mimpi tentang Ubud dan Bali.” 
Kata Fadzril perlahan seakan berbisik. Dan pada masa yang sama Najaah 
sedang membuka matanya.
          

“Kalau Najaah hendak pergi juga, saya belanja awak ke sana ya.” Janji Fadzril tanpa hujung pangkal. Dia terkejut melihat Najaah bangun dari lena.

Belanja?
Mahal tu. Tiket masuk ke festival itu semua dalam US Dolar! Encik Fadzril cuba berfikir secara rasional sekejap boleh?
          

 “Apa awak kata?”
    
 “Tak kata apa.”
          
 “Baik cakap, saya dengar awak hendak belanja saya ke Ubud  Festival. Dan saya akan kata ‘ya’ tanpa sebarang syarat!”
          

“Saya janji akan berikan liputan yang terbaik.”
          

“Tak. Saya janji akan membawa awak berbulan madu di Ubud, Bali.” Tiba-tiba Fadzril ada idea yang lebih nakal.

Dian..
Selamat studi di sana. Sebaik sahaja pengajianmu tamat, aku akan ke Delhi memberitahu Pak Sheikh dan Puan Sri fasal kita. Aku sudah khabarkan fasal hatiku pada umi dan ayah. Kata umi, dia hanya akan masuk meminangmu apabila aku sudah jadi ‘orang’. Kau tahu kan maksud kata-kata umi tu, dia hanya akan meminang apabila aku sudah bekerja betul atau buat housemanship.

Kata umi kalau aku tidak mahu berkahwin, aku boleh berkelana atau berpetualangan  seperti sekarang, semahu aku. Umi tidak menghalang tau meleteri aku. Tetapi, kalau aku ingin berkahwin, aku harus bertanggungjawab. Sebab, akulah ketua keluarga. Sebab itu, aku harus bekerja!
Dian kalau pengantin perempuan itu bukan kamu, tentulah aku memilih untuk terus berkelana… ya Dian, aku memilih untuk hidup disampingmu.

Jadi jangan risau, aku akan kembali. Bak kata pepatah lama, jauh mana bangau terbang, ke sawah juga akhir pulangnya. Dalam konteks kita di India ini, aku suka mengatakan pepatah ini, aku sentiasa rindu manisnya manga Delhi yang membuat aku sakit tekak, dan setiap kali musim manga datang aku tidak pernah serik memakannya lagi. 
Muka Dian sudah merah. Dia malu bukan kepalang. Bukan dia mahu minta yang bukan-bukan. Dia rasa tidak selesa sahaja. ‘Aku’… kasar sahaja bunyinya.