Tuesday 13 January 2015

Writer's Block




Maksud ‘writer’s block’


Apa itu ‘writer’s block’?


‘Writer’s block’ adalah ketidakupayaan seorang penulis untuk menghasilkan bahan baru. Keadaan mungkin berlaku sementara atau dalam tempoh masa tertentu dan mungkin juga kekal.


Menurut definisi Wikipedia, writer’s block ialah pengarang kehilangan keupayaan untuk menghasilkan kerja baru. Ini kerana, kesukaran untuk menghasilkan idea-idea baharu yang menyebabkan kerja-kerja penulisan tidak dapat diselesaikan untuk tempoh masa yang lama.


Menurut grammar.about.com pula, writer’s block ialah keadaan seorang penulis prolifik yang mendapati dirinya tidak mampu menulis.




Punca terjadinya Writer’s Block

  • -          kehilangan ilham
  • -          terganggu dengan perkara lain
  • -          terganggu dengan persekitaran
  • -          task melebihi keupayaan penulis
  • -          penyakit fizikal
  • -          hubungan berakhir/emosi terganggu
  • -          genre atau gaya yang tidak sesuai dengan penulis


Jenis-jenis Writer’s Block

  • -          terlebih banyak idea sehingga hilang fokus
  • -          mempunyai idea tetapi tidak mempunyai isi
  • -          idea terperangkap di tengah-tengah penulisan
  • -          buntu tentang cerita yang ditulis
  • -          benar-benar tidak mempunyai idea
  • -          bosan
  • -          kehilangan jalan cerita yang betul




Cara mengatasi penulis kehilangan idea/ilham/ cara memperoleh ilham


Penulis dapat mengatasi masalah kehilangan idea ini antaranya  dengan mendengar muzik. Kita semua maklum muzik dapat memberikan ilham atau inspirasi kepada seseorang. Muzik akan membantu seseorang penulis untuk memperoleh idea atau mengembangkan idea yang asalnya beku apabila mereka buntu.


Selain itu, penulis boleh melangkah tajuk atau bab yang sedang ditulis sekiranya tidak punya idea untuk meneruskan penulisan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan satu-satu bab itu. Beralihlah ke bab yang lain sekiranya sudah tidak mempunyai idea untuk menulis bab tersebut. Mungkin idea penulis lebih tertumpu kepada bab lain.


Tahukah anda yang minuman berkafein membantu menenangkan diri? Kopi adalah salah satu minuman yang boleh memberikan ketenangan dan kecergasan kepada individu. Aroma kopi itu sahaja sudah menenangkan apabila dihidu. Jadi, ambillah masa untuk minum secawan kopi untuk memberikan ketenangan dan seterusnya menceriakan hari!


Cuba mencari angin ataupun berubah tempat untuk memperoleh ilham. Duduk dan menulis di tempat yang sama sahaja antara punca seseorang penulis itu tidak mempunyai idea dan buntu untuk meneruskan penulisan mereka. Cubalah untuk bertukar tempat agar memperolehi idea yang lebih lagi. Contonhnya,  pergi ke pantai, tasik ataupun taman yang mendamaikan.


Kita sangat terkesan apabila membaca kata-kata yang bermotivasi sekaligus dapat memberi inspirasi kepada diri kita. Kata-kata yang bermotivasi daripada penulis-penulis yang terkenal juga sebenarnya sangat membantu memberi ilham dan semangat kepada penulis.


Jangan terlalu terikat dengan perkara yang menjadi kebiasaan. Cuba tulis sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Mungkin anda lebih berbakat menulis tentang perkara yang lain daripada bidang anda. Sekali sekala mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya bukan?


Sekiranya anda sebagai penulis ingin menjadi penulis yang bagus dan sentiasa mempunyai idea-idea yang segar dan dapat dikongsikan dengan pembaca, latih diri anda dengan menulis setiap hari. Ini dapat membantu dan menngurangkan terjadinya ‘writer’s block’.


Ambillah masa untuk berjalan.  Individu perlu berjalan 1.5 jam seminggu agar mempunyai stamina yang baik. Berjalan kaki sepanjang 18 batu atau lebih pada setiap minggu dapat membantu mengurangkan hilang ingatan. Senaman secara positif memberi kesan tertentu kepada mood meningkatkan tahap neurotransmitter dalam otak.


Jadilah seorang yang produktif. Kongsikan hasil penulisan anda sebelum ini, dengan menggunakan media sosial  untuk mempromosikan penulisan anda dan anda mungkin akan mendapat maklum balas dan memberikan ilham kepada anda. Selain itu, atur semula tempat menulis, kadang kala objek mungkin mencetuskan idea yang akan memberi inspirasi kepada anda untuk menulis.


Berusahalah untuk keluar dari zon yang selesa dengan membuat kajian, temubual dan belajar tentang sesuatu perkara yang tidak pernah anda tahu. Mungkin anda mempunyai kelebihan lain yang anda sendiri tidak tahu.


Tips yang boleh membantu anda daripada mengalami writer’s block juga adalah dengan menulis profil yang baik ataupun biografi mengenai diri anda. Penggunaan Google juga dapat membantu kerana laman pautan Google mempunyai banyak maklumat yang dikongsikan oleh pengguna internet di seluruh dunia. Ianya juga membantu menambahkan maklumat dan pengetahuan anda agar tidak hanya tertumpu kepada medium atau rujukan tradisional sahaja.








Rujukan