Friday 10 April 2015

Selamat Pagi Cinta























"Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri,
tetapi tetap berjalan ke satu tujuan.
Tetap seiring hingga ke garisan akhir.

Jika salah satu daripadanya hilang,
maka tiada maknanya
kerana yang sebelah lagi
tidak mampu berjalan sendirian."










"Apa salahnya berterus terang
Tak suka cakap tak suka
Salah cakap salah
... membisu begitu

Tak akan sembuhkan hati yang terkilan
Sebab insan biasa tak mungkin pernah
Mengerti akan bahasa bisu."











Ulfah teruja melihat kembang mekar cornflower yang ditanam oleh ibunya. 
Pokok bunga yang sudah mencecah ketinggian hampir tiga kaki, 
dengan daunnya berbentuk tirus dan bunganya berwarna indigo...
 wah, bunga itu memang sangat menarik di matanya.


"Air yang berlebihan, boleh menyebabkan pokok bunga tu mati."

"Apa awak buat dekat sini?" soal Ulfah.

"Cornflower ni suka pada cahaya matahari dan air yang banyak. 
Tanah pula kena neutral, 
pH7... tak terlalu berasid atau terlalu beralkali. 
Tapi kalau ikut cara awak siram tadi, dah berlebihan airnya, Ulfah." 


Wadi Shafy langsung tidak mengendahkan soalan Ulfah. 
Sengaja buat-buat tak faham 
akan riak terkejut di wajah wanita itu.










Kisah tentang Ulfah dan Wadi Shafy. 

Kisah tentang falsafah sepasang kasut. 

Kisah tentang garis masa cinta.