Maksud
‘writer’s block’
Apa itu ‘writer’s
block’?
‘Writer’s
block’ adalah ketidakupayaan seorang penulis untuk
menghasilkan bahan baru. Keadaan mungkin berlaku sementara atau dalam tempoh
masa tertentu dan mungkin juga kekal.
Menurut definisi Wikipedia, writer’s block ialah pengarang kehilangan keupayaan untuk menghasilkan
kerja baru. Ini kerana, kesukaran untuk menghasilkan idea-idea baharu yang
menyebabkan kerja-kerja penulisan tidak dapat diselesaikan untuk tempoh masa
yang lama.
Menurut grammar.about.com
pula, writer’s block ialah
keadaan seorang penulis prolifik yang mendapati dirinya tidak mampu menulis.
Punca
terjadinya Writer’s Block
- - kehilangan ilham
- - terganggu dengan perkara lain
- - terganggu dengan persekitaran
- - task melebihi keupayaan penulis
- - penyakit fizikal
- - hubungan berakhir/emosi terganggu
- - genre atau gaya yang tidak sesuai dengan penulis
Jenis-jenis Writer’s
Block
- - terlebih banyak idea sehingga hilang fokus
- - mempunyai idea tetapi tidak mempunyai isi
- - idea terperangkap di tengah-tengah penulisan
- - buntu tentang cerita yang ditulis
- - benar-benar tidak mempunyai idea
- - bosan
- - kehilangan jalan cerita yang betul
Cara mengatasi penulis kehilangan idea/ilham/ cara
memperoleh ilham
Penulis dapat mengatasi
masalah kehilangan idea ini antaranya dengan mendengar muzik. Kita semua maklum muzik
dapat memberikan ilham atau inspirasi kepada seseorang. Muzik akan membantu
seseorang penulis untuk memperoleh idea atau mengembangkan idea yang asalnya beku
apabila mereka buntu.
Selain itu, penulis
boleh melangkah tajuk atau bab yang sedang ditulis sekiranya tidak punya idea
untuk meneruskan penulisan. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk
menyelesaikan satu-satu bab itu. Beralihlah ke bab yang lain sekiranya sudah
tidak mempunyai idea untuk menulis bab tersebut. Mungkin idea penulis lebih
tertumpu kepada bab lain.
Tahukah anda yang minuman
berkafein membantu menenangkan diri? Kopi adalah salah satu minuman yang boleh
memberikan ketenangan dan kecergasan kepada individu. Aroma kopi itu sahaja
sudah menenangkan apabila dihidu. Jadi, ambillah masa untuk minum secawan kopi
untuk memberikan ketenangan dan seterusnya menceriakan hari!
Cuba mencari angin
ataupun berubah tempat untuk memperoleh ilham. Duduk dan menulis di tempat yang
sama sahaja antara punca seseorang penulis itu tidak mempunyai idea dan buntu
untuk meneruskan penulisan mereka. Cubalah untuk bertukar tempat agar memperolehi
idea yang lebih lagi. Contonhnya, pergi
ke pantai, tasik ataupun taman yang mendamaikan.
Kita sangat
terkesan apabila membaca kata-kata yang bermotivasi sekaligus dapat memberi
inspirasi kepada diri kita. Kata-kata yang bermotivasi daripada penulis-penulis
yang terkenal juga sebenarnya sangat membantu memberi ilham dan semangat kepada
penulis.
Jangan terlalu
terikat dengan perkara yang menjadi kebiasaan. Cuba tulis sesuatu yang luar
daripada kebiasaan. Mungkin anda lebih berbakat menulis tentang perkara yang
lain daripada bidang anda. Sekali sekala mencuba sesuatu yang baru, apa
salahnya bukan?
Sekiranya anda
sebagai penulis ingin menjadi penulis yang bagus dan sentiasa mempunyai
idea-idea yang segar dan dapat dikongsikan dengan pembaca, latih diri anda
dengan menulis setiap hari. Ini dapat membantu dan menngurangkan terjadinya ‘writer’s block’.
Ambillah masa untuk
berjalan. Individu perlu berjalan 1.5 jam
seminggu agar mempunyai stamina yang baik. Berjalan kaki sepanjang 18 batu atau
lebih pada setiap minggu dapat membantu mengurangkan hilang ingatan. Senaman
secara positif memberi kesan tertentu kepada mood meningkatkan tahap neurotransmitter
dalam otak.
Jadilah seorang
yang produktif. Kongsikan hasil penulisan anda sebelum ini, dengan menggunakan
media sosial untuk mempromosikan
penulisan anda dan anda mungkin akan mendapat maklum balas dan memberikan ilham
kepada anda. Selain itu, atur semula tempat menulis, kadang kala objek mungkin
mencetuskan idea yang akan memberi inspirasi kepada anda untuk menulis.
Berusahalah untuk
keluar dari zon yang selesa dengan membuat kajian, temubual dan belajar tentang
sesuatu perkara yang tidak pernah anda tahu. Mungkin anda mempunyai kelebihan
lain yang anda sendiri tidak tahu.
Tips yang boleh
membantu anda daripada mengalami writer’s
block juga adalah dengan menulis profil yang baik ataupun biografi mengenai
diri anda. Penggunaan Google juga dapat membantu kerana laman pautan Google
mempunyai banyak maklumat yang dikongsikan oleh pengguna internet di seluruh
dunia. Ianya juga membantu menambahkan maklumat dan pengetahuan anda agar tidak
hanya tertumpu kepada medium atau rujukan tradisional sahaja.
Rujukan