Aktiviti

Tugasan Minggu Ketujuh Hari-Hari Sayang Adiwarna

 

Tugasan Minggu Keenam Hari-Hari Sayang Adiwarna

Tugasan Minggu Kelima Hari-Hari Sayang Adiwarna

Tugasan Minggu Keempat Hari-Hari Sayang Adiwarna

Tugasan Minggu Ketiga Hari-Hari Sayang Adiwarna

Tugasan Minggu Kedua Hari-Hari Sayang Adiwarna



Assalamualaikum dan salam ceria...

Alhamdulillah kini dah masuk minggu ke dua peraduan Hari-Hari Sayang Adiwarna. Poster di atas adalah soalan minggu kedua iaitu Parodikan tajuk-tajuk novel Adiwarna bersertakan sinopsisnya. Parodi adalah meniru cerita pengarang dengan cara yang lucu atau sindir.  

Ayuh adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang sertailah peraduan ini. Selamat mencuba! :)


Minggu Pertama Hari-Hari Sayang Adiwarna

t

Assalamualaikum dan salam ceria...

Pada minggu yang lepas, tugasan pertama telah diberikan untuk peraduan "Hari-Hari Sayang Adiwarna". Untuk peraduan ini kawan-kawan perlulah reka cerita satu perenggan sahaja yang mengambarkan kulit buku yang diberikan. Pelbagai jawapan yang menarik diberikan oleh kawan-kawan kita. Siapa akan jadi pemenang untuk tugasan pertama...Tunggu... :)

Kepada kawan-kawan yang terlepas untuk menyertai tugasan ini, kawan-kawan bolehlah menyertai bagi tugasan yang kedua yang bertarikh 30 Sept - 7 Okt. Bagi sesiapa yang belum add page Adiwarna bolehlah melayari Facebook Adiwarna di http://www.facebook.com/JSAdiwarna. Jangan lupa untuk sertai peraduan ini. Bersama-samalah kita memeriahkan Bulan Hari-Hari Sayang Adiwarna.

Sekian.

Hari-Hari Sayang Adiwarna Kembali Lagi! 


Assalammualaikum kawan-kawan yang disayangi... 

Bermula pada 9 Sept - 30 Dis Adiwarna telah mengadakan satu peraduan "Hari-Hari Sayang Adiwarna" dimana  kawan-kawan Cik Manis dialu-alukan boleh turut serta. Setiap minggu pelbagai tugasan yang menarik yang diberikan oleh pihak Adiwarna. Untuk menyertai peraduan ini mudah sahaja! 

Kawan-kawan hanyalah perlu LIKE Page http://www.facebook.com/JSAdiwarna. Kemudian cari Poster Hari-Hari Sayang Adiwarna 2013. Haa...Kawan-kawan mesti tertanya-tanya bagaimana untuk menjawab soalan yang diberikan? Untuk menjawab soalan tersebut, kawan-kawan cuma hantarkan jawapan melalui kotak komen kepada poster berdasarkan tarikh yang diberikan. Mudah sahaja kan! Apa lagi ayuh sertai peraduan Hari-Hari Sayang Adiwarna. Kawan-kawan mungkin adalah salah seorang pemenang yang kita cari. Hadiah yang menarik akan menanti anda!      

Semoga sihat ceria-ceria selalu. :)
Sekian.



PERTANDINGAN BOLING JS ADIWARNA MERIAH!


Pada Ahad lepas, Js Adiwarna telah melakukan aktiviti bersama staf dan para pembaca. Aktiviti yang telah dipilih adalah pertandingan boling yang berlangsung di Alamanda Putrajaya. Pertandingan tersebut berlangsung pada jam sepuluh pagi.

Sebanyak lima buah kumpulan yang telah menyertai pertandingan tersebut dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang peserta.
 
Banyak peristiwa menarik yang berlaku sepanjang pertandingan dijalankan,  di mana ada peserta yang baru pertama kali bermain dan ada juga yang sudah biasa bermain boling.







Setelah berhempas pulas berjuang untuk mengumpul mata untuk pasukan masing-masing, para peserta menikmati jamuan ringan bersama-sama. Seterusnya, tibalah sesi pengumuman pemenang dan juga penyampaian hadiah. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat pertama dan tempat kedua.


Pemenang Tempat Pertama
 (Kumpulan Cintaku Luruh di Oxford)

Nampaknya semua peserta terhibur dengan aktiviti yang dijalankan ini bagi tujuan riadah dan juga untuk mengeratkan silaturrahim.

Sekian,
JUMPA LAGI.







No comments:

Post a Comment