Thursday, 23 July 2015

Kotak Bentuk Hati

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Entah kenapa hari ini terasa nak tulis pasal novel remaja Si Manis 17 Adiwarna yang baru habis dibaca (sebenarnya penulis ini sedang melarikan diri dari buat kerja).

+ Ini memang dasar tidak sedarkan diri. Umur tu dah tua. Sedar-sedarlah.
- Eh. Hello. I baru cecah angka 2 ya. Lagipun nak juga rasa muda-muda.
+ Hmm. Tua buat cara tua.
- *kena tikam dengan 100 bilah katana* ouch

Ehem.

Novel yang baru dibaca ini adalah novel Kotak Bentuk Hati hasil penulisan Nabilah Nur. Diterbitkan pada tahun 2012. (Eh. Dah lama terbit baru nak baca? Isk isk isk.) Maaflah baru baca. Mungkin bukan jodoh kita selama ini. Eh?

Oleh itu, saya nak bagitau kepada sesiapa yang belum baca novel ni, tolonglah, TOLONGLAH saya melutut merayu baca sebab memang takkan mengecewakan anda semua.

Eh, penulis ni. Over pulak dia. Nak rasa M-16 ke camne nih...

Saya sarankan belilah, bacalah, hayatilah kisah dalam cerita ini. Saya baca novel ni sambil dengar lagu Flumpool - 36c. Memang nak menangis masa baca novel ini tapi tahan sebab nanti kantoi ngan akak-akak dan abang-abang ofis. Takkan nak cover story nangis sebab bawang ke hapa. Maha tak logik langsung sebab bawang tak mungkin wujud dalam pejabat sini (tak tahulah kalau pejabat tempat lain ada menyediakan bawang kan...kan?).

Tangkap leleh dengan novel. Pfft. Dah la dah tua. Pfft kuasa dua.

+ Wahai penulis, tolonglah pergi terus kepada novel tersebut. Tiada siapa kisah dengan karutan awak tu.

Hmm.

*****



Kotak Bentuk Hati menceritakan kisah Nurul Syifa' yang disisihkan ibunya tanpa Syifa' ketahui asbab mengapa dia dibenci oleh ibunya. Walhal, dengan adik-beradik Syifa' yang lain dilayan sama rata. Duka Syifa' ditambah lagi dengan hal pertunangan kakaknya dengan Megat - yang merupakan teman lelaki Syifa'. Akhirnya, Syifa' membawa diri pindah ke rumah baru.

Syifa' ditemukan dengan seorang lelaki, Syahid. Pertemuan demi pertemuan adalah kebetulan. Tapi adakah ianya tanda jodoh?

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari,
kemudian Dia datangkan pula guruh dan ribut,
puas kita menunggu dan mencari matahari,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...

Kotak bentuk hati. Syifa' sering tertanya-tanya namun yang dijawab oleh Tok Ayah dan Tok Mek adalah kotak bentuk hati. Ada apa dalam kotak bentuk hati? Rahsia keluarga Syifa'.

*****

Bagi saya, untuk novel ini sudah cukup asam garamnya. Walaupun untuk Si Manis 17 tapi boleh dibaca bagi orang yang berumur 17 tahun ke atas (seperti saya. Hahaha). Kalaulah saya ini pengkritik buku, saya akan cakap, "Marvellous! Superb! Sugoi! Suka suka" sambil lompat-lompat tapi itu tersangatlah mustahil. Saya hanya rakyat marhaen yang angan-angannya ingin menjadi seperti Cinderella, wanita berjaya dan hanya goyang kaki di rumah.

ps: Nasihat saya, bacalah buku ini sambil dengar lagu-lagu dari kumpulan Flumpool. Takkan menyesal. Heh.

pss: Peminat Flumpool hi-5 sikit (>.<)/

psss: Saya rasa saya dah 'abused' blog ini. Maaf Kak Su.  (๑>ᴗ<๑)


- Sarah Adiwarna

Monday, 20 July 2015

Jamuan Raya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari ini, JS Adiwarna telah buat jamuan raya (Eceh) yang telah dirancang pada minggu lepas. Walaupun tidak dapat beraya di kampung halaman lama tetapi dapat raya kat ofis pun jadilah. Janji raya. Heh.

Makanya,


K. Siti telah membawa pelbagai juadah; sup daging, nasi himpit, sambal ikan bilis, lode, bihun singapore, sambal kicap (yang pedasnya masya Allah), kek oren dan puding marble (sedap sangat) serta kuih yang pelbagai nama.

K. Su pula bawa kerepek sukun, kuih kapit, dan sebagainya termasuk kuih dalam kotak (?).

K. Zura bawa kamera (kamera handphone pun dikira sebagai kamera ya. *batuk*).

Saya bawa perut yang kosong (hehe).


Alhamdulillah. Kenyang.

Tadaaaa~

Terima kasih kepada K. Zura kerana ambil gambar dan post.





- Sarah Adiwarna

Wednesday, 15 July 2015

Madu Beracun



Ramadhan hampir meninggalkan kita. Semoga segala amalan-amalan baik kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah swt. In shaa Allah. 

Di kesempatan ini, kami di JS Adiwarna ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat para pembaca sekalian. Takbir!

*****

Di sini saya ingin berkongsi resipi kuih feveret saya yakni Madu Beracun. Yes. MADU BERACUN. Dalam erti lain, Kuih Cornflakes Madu. Kenapa saya gelar Madu Beracun? Entah. Memang dari nenek cakap Madu Beracun. Saya pun Madu Beracun juga la.

~('v')~ ~('v ' ~ ) ~('v')~ ~( ' v')~ ~('v')~ ~('v ' ~ ) ~('v')~ ( ~ ' v')~ ~('v')~ ~('v ' ~ ) ~('v')~ ~( ' v')~ ~('v')~

Saya sangat suka, cinta, kasih sama ini kuih. HAHAHA. Sepanjang 22 tahun hidup, tiap kali raya, kuih ini WAJIB dibuat oleh bonda terchenta. Trust me. No Madu Beracun can beat my mom's (konfiden itu perlu).

Alkisah raya lepas, saya bosan main game di dalam bilik dan memutuskan untuk keluar pergi ke ruang tamu untuk 'melantak' (istilah yang ayahanda tersayang gunakan kalau saya makan kuih ni) Madu Beracun. Sekali saya masuk mulut, terasa kuih bonda terchenta buat kurang manis. Maka dengan pantasnya saya mencari bonda terchenta. Setelah mengelilingi rumah (macam rumah besar sangat =="), saya jumpa bonda terchenta tengah duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Maka tercetuslah drama seperti berikut:

Saya: Ma, kenapa madu beracun tak maniiiiiiis~~~~??? *gaya terduduk sambil nangis*
Bonda: Manislah kuih tu...
Saya: Tak. Nehi. No. Dame. Iie. La. Non. Nay. *sambil geleng laju-laju* Nak manis lagi macam tahun-tahun lepas...
Bonda: Tade tade. Asyik nak manis je...kang betul-betul jadi racun kat badan...tolong amalkan gaya hidup sihat...
Saya: Tapi tak maniiiis! Nak manis jugak.
Bonda: Gi buat sendiri. Sudah. Orang nak tengok tv. Jangan kacau.

Lalu, dengan hati yang berat saya makan kuih tersebut (sehingga habis). Tiba-tiba ayat bonda bergema dalam ingatan 'buat sendiri...buat sendiri...buat sendiri...'. O la la. *ada mentol atas kepala* Lalu, dengan semangatnya saya pun terjah bilik adik saya dan heret dia pergi ke dapur dengan niat nak buat madu beracun versi saya; Madu Terlebih Racun.

Disebabkan resipi yang maha senang; madu, gula, cornflakes, butter, saya pon double dose madu dan gula sebab nak manis punya pasal. Habis dapur bunyi ketang ketung sampai ayahanda tersayang kat luar dengar, "Oii berperang dekat dapur ke tu?" Saya balas dengan "Yes!

Bila dah siap masak, saya dapati cornflakes saya sekeras batu kat atas jalan. Sekali lagi saya berlari ke arah bonda terchenta sambil menangis. "Maaaaaa, kenapa Madu Beracun adik macam ni...keras..." Bonda melihat terus ketawa, "Ya Allah budak ni. Memanglah keras...Berapa banyak gula la ditaruknya...hahahahaha" Ayahanda yang datang lihat pun turut ketawa.

Moral of the story: jangan memandai nak double dose.

*****

Ok. Habis cerita. Berbalik kepada resipi Madu Beracun. Ianya sangatlah mudah. Saya ulang. Sangat mudah. Saya memasak tak pernah ikut sukatan. Hanya main 'campak-campak'. Tapi berdasarkan pengamatan saya apabila bonda terchenta masak, bonda pun sukat ikut dan dia je...hahaha (>.<)/

Bahan:
-Cornflakes (ramas2 sikit) 1/2 paket
-Madu 3-4 sudu besar
-Butter 1/4
-Gula 2 sudu besar

Cara memasak:
Panaskan kuali. Masukkan buter, madu dan gula. Gaul sampai cair. Masuk cornflakes. Gaul sebati.

Madu Beracun bonda lain sket sebab lepas masukkan dalam bekas kecik2 tu, bonda masukkan dalam oven 180 degree selama 5 minit camtu. 

Pastu WALLA! Dan saya yang seperti lebah yang mencari madu, cepat-cepat 'menghurung' kuih tersebut. Dan bonda terchenta yang seperti ninja, cepat-cepat melibas sudip ke tangan saya. Dan saya cepat-cepat ambil satu dan cepat-cepat lari. Dan cepat-cepat juga bonda bagi amaran, "Ni untuk nenek Johor! Jangan usik!"

Kuih Madu Beracun ini juga boleh ditambah dengan kismis atau kacang atau ceri (yang dipotong kecil2) bergantung kepada tukang masak nak letak apa dalam kuihnya.

Btw, resipi di atas adalah resipi saya dan bonda (kerana kami berdua suka 'campak-campak'). Untuk resipi yang lebih detail (dan lebih dipercayai) bolehlah pembaca melayari laman web google.com dan search resipi Kuih Madu Beracun. Selamat mencuba. \('v ' )


Sumber: Google Images


-Sarah Adiwarna-

Wednesday, 8 July 2015

Bahasa dan personaliti

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera.
Konnichiwa.
Annyeonghaseyo.
Bonjour.
Hello.

Setelah berfikir panjang dan berdebat dalam fikiran sendiri malah mendapatkan bantuan dari 'keluarga' CrazyLinguists saya (Ya. CrazyLinguists diberi gelaran kerana sifat dan sikap kami yang gila-gila), akhirnya saya telah membuat keputusan. Saya memutuskan untuk berkongsi mengenai bahasa dan personaliti.

Kata para pengkaji, "speaking two languages can give you a split personality". Semakin banyak bahasa yang kita kuasai, semakin banyak personaliti yang kita cipta.


Kenapa?
Why?
Pourquoi?
Doushite?
Limaza?
Wae?!

Ehem. Tarik kerusi dan tegakkan badan.

Jean-Marc dan Aneta telah bertanya kepada lebih seribu penutur dwibahasa sama ada mereka 'merasai seperti orang lain' apabila mereka bertutur dalam bahasa yang berbeza. 2/3 daripada jumlah tersebut mengatakan ya. Tidak dapat dinafikan, saya sendiri mengalami perkara tersebut. Saya menguasai 5 bahasa asing (English, Arab, Korea, Jepun dan Perancis) - antara fasih atau tidak - dan setiap kali saya bertutur dalam bahasa tersebut, perasaan yang dirasai adalah berbeza.

Budaya.
Bahasa jiwa bangsa. Pernah dengar? Konfem pernah. Bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa yang digunakan untuk berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain. Apabila kita belajar lain, automatik kita ada identiti baru yang lebih kurang dengan penutur natif bahasa asing tersebut.

Melalui pengamatan (baca: pengalaman) saya, ketika saya bertutur dalam bahasa Perancis ianya kedengaran sedikit kasar seterusnya memberi tanggapan kepada orang lain bahawa saya seorang yang 'kasar'. Kenapa? Sebab budaya orang Perancis itu sendiri yang apabila bertutur kedengaran kasar. Walhal sebenarnya bahasa mereka tidaklah kasar. Berbeza sekiranya saya bertutur dalam bahasa Jepun. Disebabkan oleh budaya orang Jepun yang lemah lembut pertuturannya maka, sikap saya turut menjadi lemah lembut (Eheh).

Dengan siapa kita bercakap juga memainkan peranan penting. Takkanlah dengan raja atau orang kehormat kita nak cakap 'aku-kau' kan? Mahunya dilibas kita dengan apa yang ada di tangan mereka waktu tu. Heh.

Persekitaran.
Melalui persekitaran juga menentukan bahasa apa yang kita hendak guna dan sikap kita. Tak perlu panjang-panjang. Hanya ambil contoh paling jelas adalah ketika kita bersama lecturer dan kawan. Adakah kita akan layan lecturer kita sama seperti kita layan kawan kita dan vice versa? Sama juga dengan penggunaan bahasa.

Selain itu, kita banding bangsa Arab dengan bangsa Melayu. Bangsa Melayu lebih suka bersopan-santun dan malu-malu kucing. Bangsa Arab pula lebih 'kasar' dari segala segi. Kalau travel pergi mana-mana area UAE sana, bawak sekali sifat malu-malu kucing kita, konfem tak boleh hidup. Haha. Tak tipu. Pengalaman sendiri. (^ ^; )

Saya tahu 80 bahasa, maka saya ada 80 personaliti?! Gila ke saya?

Ahha. Tapi tak bermakna anda seorang yang saiko (baca: psiko) atau mengalami split personality disorder atau yang se-am dengannya. Daijobu desu. Ini hanya reaksi psikologi yang mana secara automatik otak kita akan selaraskan dengan perkara disekeliling lalu menghasilkan personaliti mengikut situasi tersebut.

Pernah tak dengar orang Melaka bercakap? Pertuturan mereka tu kasau beno. Kalau tak kerana nenek dengan mak orang Melaka, mesti rasa nak bagi penampo sedas dua dekat kawan asal Melaka ni sebab bicara mereka, Masya-Allah kasarnya... *hentak kepala atas meja* Tapi bila tengok mak borak dengan kawan KL dia, terus macam personaliti mak berubah 180. Memang tak la nak guna personaliti Melaka kat KL kan...mau kena bash...huh.

Penentuan personaliti dapat diukur dengan mengambil ujian The Big Five iaitu OCEAN; openess, extroversion, conscientiousness, agreeableness dan neuroticism. (Boleh gunakan khidmat pak cik Google kesayangan semua untuk mencari ujian personaliti ini).

Apa kaitan ujian personaliti dan bahasa? Lulz.

Uhhh...senang je. Nak tahu kita ada perbezaan personaliti dengan bahasa yang kita gunalah. Kita buat ujian personaliti ini dengan bayangkan kita dalam bahasa yang berbeza. Cuba bayang diri anda di Perancis bercakap bahasa Perancis dan ulang perkara yang sama tapi bahasa yang lain di tempat yang lain. Akhir sekali bandingkan semua keputusan dan lihatlah berapa banyak personaliti yang anda ada. Hoho. Selamat mencuba.

Itulah sedikit sebanyak yang saya tahu mengenai bahasa dan personaliti. Semoga dapat manfaat. Sungguh yang baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu dari saya sendiri. Sekian. Au revoir.

\('v ' ) 

ps: nukilan ini adalah hasil dari pembacaan, ingatan dan pengalaman saya sendiri.




-Sarah Adiwarna-

Tuesday, 7 July 2015

Seperti Mencintaimu...Ain


Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Dia bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi secara terus menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu.


"Haris berilah cincin ini kepada seseorang yang benar-benar kasihkan Haris nanti. Maafkan saya..." - Ain


"Simpanlah buat kenang-kenangan tanda kita pernah bertemu tapi tak pernah bersama." - Haris


Ain mengharapkan kehadiran Adam, si buah hati rahsia yang tidak pernah pasti. Nama Adam sentiasa dalam doa Ain. Nama Adam di hati Ain. Adam yang dinantikan Ain.


Tulislah pada aku, jika Ain perlu seseorang untuk berkongsi sunyi.
ps: Jangan lupa aku ain. - Adam


Cerita ini cerita Ain.

Ceritanya.

Rahsia hatinya.

Kisah hidup mereka.


"Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati!" - Adam

*****

Seperti Mencintaimu...Ain merupakan versi kompak dari tiga buah novel Noor Suraya iaitu Keranamu...Ain, Kebun Mimpi...Ain dan Langsir Biji Remia. Novel ini merupakan pengakhiran kisah Adam-Ain.

-Sarah Adiwarna-

Friday, 3 July 2015

Gedebé

"Aku ingin bebas seperti angin!"


Imaen kembali dengan karyanya yang terbaru iaitu Gedebé. Gedebé adalah kisah Nik Adem, seorang bekas banduan, mengharungi hidupnya yang berliku. Satu demi satu dugaan Nik Adem harus tempuhi demi mencapai bahagia.

"Cinta itu ialah kita tidak merasa malu ketika seluruh dunia mentertawakan sesuatu perbuatan kita untuk membahagiakan orang yang kita cintai, kerana kita pun tidak berpakat dengan dunia untuk jatuh cinta."

 *****

GEDEBÉ itu bukan samseng walau ramai samseng memiliki sifat gedebé. Orang gedeb ialah orang yang berani, yang tidak peduli dan tak tunduk pada kehendak orang lain serta tak takut berbeza pendapat.

Mereka yang menjunjung kata-kata keramat - biar mati berdiri jangan hidup melutut!

*****

Gedebé nukilan Imaen merupakan novel keluaran bulan Jun 2015.  Novel ini sangat sesuai untuk dibaca bagi pembaca yang inginkan kelainan dari novel-novel yang lain. Imaen memang bijak melukiskan maklumat menjadi ayat yang mudah dihadam. Tidak sia-sia bagi sesiapa yang membeli dan membacanya kerana bahasa yang digunakan oleh Imaen sangat menjerat hati. Penulisan ini sememangnya tidak akan menghampakan para pembaca. 


Ini kisah orang gedebé.

-Sarah Adiwarna-

Thursday, 2 July 2015

Jualan 7+7

"Tomorrow, 


and tomorrow,


and tomorrow.



Ehem. 


Ayat di atas tiada kaitan dengan William Shakespeare mahupun dengan puisinya yang diambil dari kisah Macbeth.

TETAPI

Kaitannya 'tomorrow' itu adalah untuk memberitahu bahawasanya JS Adiwarna akan membuat jualan 7+7 pada esok hari dan sabtu bersamaan 3 dan 4 Julai.

ヾ(*´∀`*)ノ

Tadaaaa~


Kipas-susah-mati (baca: die hard fan) novel semua boleh la mengunjungi ke tempat kami di Pejabat JS Adiwarna. Diskaun 50% diberikan untuk semua judul kecuali judul terbitan bulan Jun dan Julai.




... dan Daffodil pun Berbunga Lagi (Diya Nordin), Seperti Mencintaimu (Noor Suraya) dan Cintaku Luruh di Oxford (Noor Suraya dan Imaen) adalah antara novel paling tebal terbitan JS Adiwarna. Sempena Jualan 7+7 Adiwarna yang diadakan esok dan sabtu, anda boleh dapatkan ketiga-tiga novel itu hanya pada harga RM47.50 sahaja (jumlah harga asal RM95)!




Selain itu, siri Khyra Biota yang mengandungi 10 judul ini juga boleh didapatkan dengan diskaun 50% sempena Jualan 7+7 Adiwarna esok dan Sabtu ini.





Setiap judul berharga RM15 sebuah namun selepas diskaun hanya RM7.50 sahaja!

Untuk ibu bapa, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik yang akan beri duit raya kepada kanak-kanak nanti, apa kata berikan buku sebagai alternatif. Beli 1 set lengkap hanya RM75 untuk 10 judul. Boleh beri kepada 10 orang anak buah smile emot


Bukankah 'duit raya' yang kita beri itu akan bertahan lebih lama untuk mereka!

Marilah hadir beramai-ramai memborong buku. Untuk yang jauh, janganlah gundah sebab ada 'Personal Shoppper' yang kami sudah lantik untuk tolong belikan buku-buku pilihan anda. Personal shopper untuk jualan ini adalah Husni (011-337803288) atau Nawirah (019-3375887).

Okey, sila tengok web kami (www.rumah-adiwarna.comuntuk tengok judul apa yang belum ada di rak. Selamat buat senarai hari ini, esok dan lusa kita 'shopping'!


Akhir kalam,


"The more you read, the more things you know. The more that you learn, the more places you'll go." - Dr. Seuss

Wassalam.


-Sarah Adiwarna-

Promosi JS Adiwarna

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Adiwarna kembali lagi dengan membuat promosi bulan Jun-Julai.



Kepada yang gemar memasak, bolehlah membeli buku Dapur Mak Cik Raja hasil Noor Suraya dengan harga promosi iaitu RM65. Koleksi resipi autentik ini dipetik dari novel-novel nukilan Noor Suraya; Yang Jauh di Pulau, Panggil Aku Dahlia, Nyanyian Tanjung Sepi, Tanah Andriyana, Rumah Kecil di Ujung Padang, Keranamu... Ain, Gadisku, Wan Adnin dan Kekasih Waktu.

Di samping mempunyai variasi resipi masakan tradisional Melayu, Noor Suraya turut menyajikan cebisan-cebisan adegan yang terdapat dalam karya beliau. Malah terdapat coretan-coretan menarik yang diceritakan oleh Noor Suraya. 

"Buku Dapur Mak Cik Raja bukan sekadar tentang resipi, tetapi juga tentang cerita-cerita yang sudah melewati kita." - Noor Suraya


*****



JS Adiwarna turut mengadakan promosi web baharu Adiwarna. Pembeli boleh memilih sebanyak 3 novel daripada judul-judul terpilih dengan harga RM55. Promosi ini berlangsung dari 16 Jun sehingga 31 Julai.

Pesanan boleh dibuat melalui WhatsApp Adiwarna atau di web http://rumah-adiwarna.com/ atau di Facebook JS Adiwarna.

Selamat membeli dan membaca.

Hingga ketemu lagi. Assalammualaikum.   \(*'v '*)

-Sarah Adiwarna-