Friday, 14 August 2015

Sembang Semborono

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ni, timeline twitter dan facebook saya dipenuhi dengan #TipsMasukU. Lawak je saya baca setiap tips yang ditulis. Ada yang komen positif, ada yang seolah-olah bagi motivasi, ada pulak yang buat lawak antarabenua.

Oh lupa. Saya ucapkan tahniah kepada semua student yang dapat masuk mana-mana universiti, tidak kiralah awam mahupun swasta atau overseas. Saya ada kawan orang Sabahan bha. Suka gurau dengan dia yang dia study oversea. Heh. Bagi yang tidak mendapat mana-mana tawaran, jangan risau. In shaa Allah rezeki mungkin kat tempat lain. Lagipun, boleh buat rayuan malah ada juga kolej-kolej komuniti atau boleh bekerja sambilan kemudian apply lagi.

Saya ada seorang kazen yang masuk universiti swasta tapi dia sedih sebab universiti tu macam untuk golongon tua sahaja belajar kat sana (kazen saya berumur 2* tahun manakala orang-orang di universiti tu dalam kalangan umur 30 tahun ke atas). Dia katakan kepada saya, "Saya dapat universiti sekian sekian. Mesti awak fikir saya tak layak pergi sana dan macam desperate nak masuk uni."

Terus hati saya tersentap. Sampai hati dia fikir saya fikir camtu. Padahal saya tak fikir papepon masa tu. Sobs. Sedih saya. (T^T) Dengan muka kering, saya selambanya membalas, "Saya tak fikir papepon. Kenapa cakap begitu? Saya rasa ilmu tu perlu dituntut sepanjang masa dan di mana-mana. Bak kata Nabi s.a.w, 'tuntutlah ilmu sampai ke negeri China'. Nabi tak sebut pon, 'masuklah universiti yang bagus'. So rilek je la... Persetankan apa orang kata."

(ok, ayat saya tak adalah se'buku' tu tapi ini disebabkan saya sedang dipantau oleh K.Su. Maka ayat mestilah se-ilmiah mungkin. Hohoho. *saya tahu tak lawak tapi tolong gelak sekali*)

*****

Berbalik pada tips masuk U, saya tade tips pon. Saja nak cari topik untuk buat cerita. Zaman saya masuk U (saya pelajar tahun akhir dah pun...Alhamdulillah. Bulan 10 konvo.), saya tak pernah buka internet atau tanya bonda terchenta atau ayahanda tersayang pasal tips ke cara-cara hidup ke atau yang seangkatan dengannya. Bagi saya, redah je...baru colorful hidup macam macaroon (ayat novel)...

Sepanjang hidup saya kat universiti, saya buat hal saya. Belajar. Main. Makan. Tidur. Jalan. Main. Makan. Tidur. Jalan. Main. Tidur. Makan. Main. Jalan. Main. Tidur. Makan. (saya ada sebut main tak?)

Yup. Saya kuat main. Masa belajar saya adalah dalam kelas dan masa cuti study week dan masa kena siapkan assignment. Itu pun, buat assignments 5 minit, main 3 jam kemudian buat balik assignments 5 minit, stress pastu tutup laptop dan tidur. Tinggalkan terus assignments. Lain kali aja saya buat.

*ya. saya sedar saya bukanlah contoh terbaik. jangan cakap pape*

Tapi, satu je pegangan saya sepanjang bergelar pelajar. Pegangan yang saya genggam erat. Pegangan yang hampir jadi prinsip hidup. Pegangan yang hampir ditransformasikan menjadi falsafah hidup. Pegangan yang...ok cukuplah tu. Menyampah pulak rasanya.

- Jangan sesekali percayakan apa yang senior kata terutama kalau cerita tu pasal lecturer, subjek atau nota.
- Jangan percaya babak-babak yang wujud dalam novel atau drama yang berlatarbelakangkan universiti dan yang mempunyai genre romance bagai.
- Ikut cakap lecturer nescaya anda bahagia.
- Buat kerja biar ikhlas.
- Enjoy masa sebaik mungkin.
- Jimat duit
- PALING PENTING sentiasa ingat mak ayah.

*mak aih. panjang giler. padahal kata SATU je. hmm...*

Mungkin kalau junior minta tips masuk u, mungkin itulah yang saya beri.

*****

Hidup universiti ada ups and downs.
Hidup tak pernah senang sepanjang masa dan tidak pernah juga susah sepanjang masa.
Hidup perlu berkawan (walaupun orang tu kerek macam nak tembak dia dengan bazooka).
Hidup jangan terlalu bergantung pada manusia. Try hidup berdikari.
Hidup kena enjoy to the fullest.
....dan paling penting,
Hidup kena gedebé (ambil ayat Imaen.*gelak besar sampai jatuh kerusi* HAHAHAHHAHA)

*****

Tu je. Orang tatau nak tulis apa. Main redah sembang semborono je ni. Sekian.

O(≧∇≦)O


-Sarah Adiwarna-

Biarlah Gambar Berbicara

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kami di JS Adiwarna sedang buat Promosi Merdeka dan juga Promosi sempena Hari Jadi Noor Suraya.







(penulis mengalami masalah mereka ayat pada waktu pagi)
-Sarah Adiwarna-