
Mulai saat ini,
pada anda yang mempunyai masalah bau kaki bolehlah bernafas lega kerana saya
akan kongsikan tips-tips hilangkan bau kaki. Ingin ditegaskan disini bahawa
mencegah kaki daripada berbau adalah sangat penting kerana kaki yang bebbau
adalah berpunca daripada peluh yang dikeluarkan oleh seseorang. Walau bagaimanapun
peluh tersebut bukan hanya sekadar peluh, tetapi ia bercampur dengan bakteria.
Jadi, mari kita sama-sama tambahkan pengetahuan tentang bagaimana untuk
menghilangkan bau kaki.
Tips 1
Sediakan besen
yang boleh memuatkan kedua-dua belah kaki anda. Kemudian masukkan air ke dalam
besen tersebut. Campurkan dua sudu garam dan segenggam asam jawa ke dalam air
tersebut. Pastikan garam dan asam jawa tersebut dikacau larut ke dalam air
tadi. Kemudian, anda bolehlah rendam kaki anda selama beberapa minit. Sambil
merendam kaki, anda bolehlah sapu dan gosokkan asam jawa dicelah-celah
jari-jari kaki anda.
Selepas beberapa
minit, basuh kaki dengan air paip sehingga bersih. Ulang kaedah ini dalam
kekerapan tiga kali seminggu sehingga bau kaki anda hilang. Kaedah ini
dikatakan dapat menanggalkan sel-sel kulit mati.
![]() |
Garam |
![]() |
Asam Jawa |
Tips 2
Selain daripada
menggunakan asam jawa dan garam, anda juga boleh menggunakan uncang teh.
Kaedahnya lebih kurang sama dengan kaedah yang pertama, di mana anda perlu
menyediakan besen yang diisi air untuk merendam uncang teh. Selepas uncang teh
sudah larut ke dalam air, bolehlah rendamkan kaki ke dalam besen tersebut
selama setengah jam.
![]() |
Uncang Teh |
Tips 3
Akhir sekali,
selain daripada melakukan petua-petua seperti yang dicadangkan, anda juga harus
menitik beratkan penjagaan kaki yang asas. Anda perlu memastikan kuku kaki
sentiasa pendek atau memakai stoking yang diperbuat daripada 100% material
kapas. Pemilihan kasut juga penting bagi
memastikan kaki anda tidak terlalu berpeluh atau kepam. Material kasut yang
tidak elok untuk kaki adalah plastik/getah kerana ia mampu berisiko menyebabkan
kaki berpeluh sekali gus mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
![]() |
Pastikan kuku sentiasa pendek |
Semoga tips ini
dapat membantu masalah anda dan sekian saja untuk tips kali ini.
SELAMAT MENCUBA.
No comments:
Post a Comment