Assalamualaikum.
Pada minggu lepas, selama tiga hari dua malam keluarga JS
Adiwarna telah mengadakan Woksyop Adiwarna 2013: 'Team Building', Bengkel Penulis dan Hari Keluarga di Cameron Highlands.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang woksyop berlangsung adalah sesi sumbang
saran bersama staf dan penulis, treasure hunt
dan sesi motivasi staf JS Adiwarna.
Antara pengisian di dalam sesi sumbang saran bersama
penulis adalah perkongsian idea antara staf dan juga penulis untuk perancangan
dan penambah baikan untuk aktiviti JS Adiwarna. Manakala, untuk sesi treasure hunt yang menarik ini. Pemenang utama akan mendapat hadiah
berbentuk wang tunai dianjurkan oleh JS Adiwarna sendiri. Sesi motivasi staf JS
Adiwarna pula diisi dengan bicara motivasi bersama para staf bertujuan untuk
meningkatkan motivasi staf untuk melakukan tugasan dengan lebih
bersungguh-sungguh.
Walaupun diberitakan tentang cuaca buruk yang melanda
Cameron Highlands, tetapi alhamdulillah trip keluarga JS Adiwarna selamat dalam
perjalan pergi dan pulang. Jadi, mari kita cuci mata dengan gambar-gambar
sekitar woksyop dan percutian bersama penulis
JS Adiwarna ke Cameron Highlands.
|
(Lawatan ke BOH
Tea Centre Sungei Palas) |
|
(Minum petang bersama kakitangan dan penulis di BOH Tea Centre)
|
|
(Sesi sumbang saran bersama staf Adiwarna) |
|
(Staf dan penulis)
|
(Para peserta treasure
hunt)
|
(Pemenang treasure hunt)
Terima kasih.
|