Novel Nak Kahwin Duit Tak Ada hasil karya Naufal Tarmizi ini mengisahkan seorang
pemuda yang bernama Saiful Ammar yang berusaha mencari kos perbelanjaan untuk
berkahwin dengan perempuan yang pilihan hatinya yang bernama Hanis Amirah.
Sepanjang perhubungan antara Ammar dan Hanis Amirah, wujudnya Maria Marissa
iaitu teman sepermainan Ammar sejak dari kecil lagi, yang telah lama menaruh
hati kepada Ammar menyebabkan Hanis Amirah merasa tergugat dan cemburu dengan
kehadiran orang ketiga di antara mereka. Maria Marissa mempunyai rupa paras
yang cantik dan menghormati orang tua menyebabkan ibu Ammar, Puan Zalina berkenan bermenantukan Maria Marissa dan bertekad
mahu menjodohkan Maria Marissa dengan anaknya.
Pelbagai rintangan dan dugaan
yang terpaksa diharungi oleh Saiful Ammar sepanjang mencari duit untuk menyunting
Hanis Amirah sebagai isterinya. Namun, satu tragedi telah berlaku dalam hidup
Ammar apabila Ammar telah mengikuti kumpulan kongsi gelap tanpa disedari oleh
dirinya sendiri. Satu kejadian yang menimpa dirinya menyebabkan Ammar ditangkap
polis. Apakah terjadi kepada Ammar? Dapatkah Ammar berkahwin dengan Hanis
Amirah ataupun dengan pilihan emaknya? Untuk mengetahui kisah yang selanjutnya
dapatkan novel ini. Anda pasti tidak rugi membelinya. Yang pasti babak komedi
dalam novel ini sangat menarik dan juga babak yang sedih mampu menyentuh jiwa anda!
Sekian. :)
No comments:
Post a Comment