Assalamualaikum & Salam Ramadan kawan-kawan!
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan berada dalam bulan Ramadan. Sedar atau tak, kita telah memasuki fasa kedua Ramadan iaitu fasa keampunan. Jadi, sama-samalah kita rebut peluang & ruang yang masih ada ini.
Haa, hari ini Cik Manis ingin kongsikan beberapa khasiat timun dengan dengan kawan-kawan. Hehe.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya kenapa Cik Manis pilih timun kan? Kata orang, timun ni sejuk. Betul ke? Sebenarnya, timun ini banyak khasiatnya. Cik Manis pun baru terbaca dalam sebuah majalah tentang khasiat timun yang dikatakan baik untuk kawalan gula dalam darah.
Antara khasiat timun yang mesti kita tahu:
- Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.
- Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.
- Jus timun yang dicampurkan dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah Artritis, Gout dan Reumatik.
- Amalkan memakan timun secara mentah ataupun yang telah dimasak - boleh menurunkan berat badan. (buat jus pun boleh)
- timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).
- Campuran perahan timun, jus lobak serta salad - mujarab untuk mengubati kudia.
- Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat cepat kering.
- Bagi anda yang sakit tekak atau hilang suara, ambil timun dan campurkan dengan sedikit garam. Kumur dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.
# Sambungan ........... ^_^
Timun merupakan :
1- sumber vitamin B dan C.
2- sumber yang baik daripada vitamin B (boleh ambil sepotong mentimun sebagai snek & rasakan manfaatnya)
3- Kulit mentimun kaya dengan vitamin C (seeloknya, makan timun dengan kulitnya sekali).
4- Mencegah dehidrasi. Kandungan air dari mentimun hampir 95% sehingga dapat membantu mencegah dehidrasi.
Merawat kulit terbakar. Kulit mentimun boleh digunakan sebagai ubat bagi merawat kulit yang terbakar akibat sinar matahari.
5- Merawat kulit gatal. menampal kulit mentimun di bahagian kulit yang sakit lalu biarkan beberapa minit.
6- Anda yang sering mengalami keletihan mata dan bengkak, tekankan mata dengan mentimun yang dipotong kecil. Buah mentimun mempunyai sifat anti-inflamasi sehingga dapat mengurangkan bengkak.
7- Boleh menentang kanser. Kandungan lariciresinol, pinoresinol dan secoisolariciresinol pada mentimun telah terbukti dalam beberapa kajian yang berkaitan dengan penurunan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, ovari, rahim dan prostat.
8- Boleh menghilangkan bau mulut. Ambil sehiris buah mentimun, lalu masukkan ke dalam mulut dan tekan pada lelangit dengan lidah. Biarkan selama 30 minit supaya phytochemcials boleh bekerja membunuh bekteria penyebab bau mulut.
9- Boleh merawat diabetes dan kolestrol. Jus mentimun boleh membantu pankreas menghasilkan insulin yang baik bagi pesakit diabetes.
10- Mampu menurunkan kadar kolestrol dan mengatur semula tekanan darah, sama ada darah tinggi atau darah rendah.
Fuh! banyak kan khasiat timun. Jadi, apa lagi? Mulai hari ini, bolehlah kita jadikan timun sebagai ulam ketika kita makan nanti. :) Semoga 'post' kali ini meberi sedikit input kepada kawan-kawan semua, selamat mencuba!