Assalamualaikum dan Salam Ramadhan
Langkah pertama: Sebelum pakai kanta lengkap, kawan-kawan wajib pastikan tangan kawan-kawan bersih. Cuci tangan dahulu. Pakai handwash untuk elakkan bakteria atau kuman terkena pada tangan kawan-kawan. Tapi kawan-kawan diingatkan jangan sesekali membasuh tangan mengguna sanitizer. Itu memang cari nahas namanya tu..
Langkah kedua: Kanta lengkap ini biasanya digunakan hanya dalam tempoh 8 jam sahaja. Kalau lebih, Cik Manis risau mata kawan-kawan akan merah dan terkena jangkitan kuman. Kawan-kawan juga diingatkan jangan sesekali bawa kanta lengkap tidur. Pastikan sebelum tidur kawan-kawan sudah tanggalkan kanta lengkap ye. Sangat bahaya jika kawan-kawan tertidur bersama kanta lengkap.
Langkah keempat: Cik Manis cadangkan kawan-kawan pakai kanta lengkap sebelum memakai make up dan tanggalkan kanta lengkap sebelum cuci make up. Ini untuk pastikan kesan make up kawan-kawan tidak terkena mata atau sebagainya. Lagi satu, kawan-kawan harus pastikan air di dalam bekas kanta lengkap kawan-kawan ditukar setiap kali kawan-kawan membukanya bagi mengelakkan pembiakan bakteria.
Langkah keenam : Bagi pengguna kanta lengkap ini, mereka kena pastikan kuku dipotong dan sentiasa pendek. Kuku panjang akan menyebabkan pembiakan bakteria dan mungkin juga akan menyebabkan kanta lengkap kawan-kawan terkoyak!
Langkah ketujuh: Selain itu, kawan-kawan harus prihatin terhadap tempoh pemakaian kanta lengkap kawan-kawan. Jangan pakai sehingga tempoh tamatnya kerana dikuatiri beresiko pada mata kawan-kawan. Kebanyakkan kanta lengkap boleh dipakai dalam tempoh 3 bulan dan ada juga setahun. Jadi, kawan-kawan kena tahu tarikh tamat tempoh kanta lengkap kawan-kawan.
Cik Manis harap langkah-langkah penjagaan kanta lengkap di atas dapat membantu kawan-kawan. Jangan takut untuk memakai kanta lengkap ini. Ia selamat selagi kawan-kawan tahu menjaga kebersihan dan tidak leka menguruskannya. Jumpa lagi pada post akan datang. Assalamualaikum kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment