Assalamualaikum & Salam Ramadhan kawan-kawan!
Hari ini genap seminggu kita menjalani ibadah puasa. Haa, macam mana? Cik Manis harap, kawan-kawan sentiasa bersemangat untuk menjalani hari-hari mendatang di samping memanfaatkan Ramadhan yang hanya berbaki 3 minggu sahaja lagi.
Ermm..hari ini Cik manis ingin kongsikan satu resipi yang sangat istimewa dan mudah untuk disediakan. Nak tahu resipi apa? Udang masak lemak cili padi bersama rebung. Hee..jom, tengok senarai bahan-bahan di bawah. ^_^
Bahan-bahan:
rebung (jumlahnya, ikut citarasa)
7-10 ekor udang segar
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
sedikit kunyit hidup
1 batang serai
10 biji cili padi
1/2 kilo santan
asam keping (ikut citarasa-nak letak / tak)
garam (secukup rasa)
Cara-cara menyediakannya:
1- tumbuk cili padi + kunyit hidup sehingga halus (nak blend pun boleh) :)
2- tumbuk kasar serai & bawang besar
3- masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan + rebung + asam keping
4- masak di atas api yang sederhana (sentiasa kacau)
5- apabila bahan-bahan mula mendidih, masukkan udang & garam. Biarkan seketika kemudian padamkan api.
Haa..mudah kan?. Mungkin ada dari kalangan kawan-kawan yang tiada idea untuk memasak menu berbuka hari ini. So, Cik Manis harap kawan-kawan sudi untuk mencuba resipi yang dikongsikan. Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment