Assalamualaikum & selamat petang kawan-kawan!
Cik Manis teruja sangat nak 'post' sesuatu petang ni dengan kawan-kawan. Tadi, Cik Manis ada terbaca artikel tentang tips-tips berjimat di bulan Ramadhan. Sekejap je kan masa berlalu? Lagi beberapa hari dah nak masuk Ramadhan. Kawan-kawan yang masih belum habiskan 'ganti puasa', cepat-cepatlah ye! :)
Di bawah ni, Cik Manis akan kongsikan beberapa tips jimat di bulan Ramadhan. Jom baca 'post' selanjutnya di bawah!
Tips 1 : Masak sendiri di rumah
Biasakan untuk memasak di rumah seperti biasa. Jika kawan-kawan gemar ke bazaar, cuba hadkan daripada berkunjung ke bazaar setiap hari. Sebaiknya, pergi setiap kali hujung minggu sahaja.
Tips 2 : Merancang perbelanjaan di bazaar Ramadhan.
Tidak dinafikan, ramai daripada kita yang sangat gemar berkunjung ke bazaar setiap kali tiba bulan Ramadhan. Maklumlah, suasana di bazaar Ramadhan tidak seperti suasana di Pasar Malam dan sebagainya. Pelbagai juadah dijual dan kebanyakannya tidak terdapat pada hari-hari biasa. Betul kan? Jadi, Cik Manis harap kawan-kawan dapat membuat perancangan sebelum ke bazaar. Sebaiknya, senaraikan makanan atau barang yang nak dibeli beserta anggaran kos. Bawa wang yang diperlukan sahaja!
Tips 3 : Berbuka di masjid /surau.
Inilah satu-satunya cara paling jimat untuk berbuka puasa. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, masjid atau surau akan menyediakan juadah berbuka puasa. Namun, didapati ramai yang menghadirinya daripada golongan 'berusia'. Bukankah jika berbuka di masjid atau surau, secara tidak langsung kawan-kawan dapat solat Maghrib secara berjemaah?
Tips 4 : Elak berbuka puasa di hotel / restoran mewah.
Telah menjadi 'trend' masa kini. Setiap kali tiba bulan Ramadhan, pasti ramai yang akan berbuka di luar. Hotel dan restoran mewah menjadi tempat pilihan biasa sepanjang Ramadhan. Ramadhan diibaratkan seperti bulan 'makan-makan' mewah waktu malam kerana terpaksa 'berlapar' di siang hari. Sepatutnya, Ramadhan dijadikan bulan iktibar kepada kita untuk mengenang dan merasa nasib orang-orang yang tidak mampu.
Tips 5 : Fokus kepada ibadah dan elak ber'shopping'.
Ibadah pada bulan Ramadhan biasanya giat dilakukan pada minggu awal Ramadahan. Apabila menjelang pertengahan, masjid dan surau-surau kelihatan suram dan tidak seperti pada awalnya. Cik Manis sedih melihat suasana seperti ini. Cik Manis cadangkan agar kawan-kawan beli kelengkapan raya sebelum Ramadhan. Biarlah tinggal sedikit sahaja barang-barang yang nak dibeli menjelang aidilfitri. Tanamkan azam untuk tingkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan, bukan tingkatkan azam untuk ber'shopping' je. :)
Cik Manis berharap, kawan-kawan dapat merebut peluang jika diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini. Sama-sama lah kita cuba untuk gandakan amalan dan cuba untuk ikhlas dalam beribadah. Semoga tips diatas sedikit sebanyak membantu kawan-kawan untuk berjimat dan bermuhasabah dalam berbelanja. Cik Manis tinggalkan kawan-kawan dengan sepotong hadis:
"Barangsiapa mendirikan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".
(HR Bukhari & Muslim)
No comments:
Post a Comment