Assalamualaikum
& selamat pagi kawan-kawan!
Semoga
kawan-kawan sentiasa ceria dan terus bersemangat menghadapi hari-hari
mendatang. Hari ini, Cik Manis ingin kongsikan satu lagi review novel yang sangat menarik.
Novel pilihan Cik Manis kali ini berjudul ‘Straight’ / Senget?, iaitu hasil
karya Ina Rahim yang juga merupakan salah satu novel umum keluaran JS Adiwarna.
Antara
sebab Cik Manis tertarik untuk membaca novel ini adalah kerana judulnya yang agak ‘pelik’ bagi Cik Manis.
Cik Manis tertanya-tanya dan teruja untuk mengetahui bentuk cerita di dalamnya.
Secara keseluruhannya, bentuk penyampaian penulis sangat bersahaja dan jalan
ceritanya sangat sesuai untuk kita yang manis! Novel ini mengisahkan tentang
makna sayang dan cinta, menghargai hubungan antara sahabat dan juga kekasih.
Selain itu, pembaca juga akan mula memahami erti kesetiaan dan kejujuran.

Penulis
telah menghidupkan beberapa konflik sehingga menimbulkan pelbagai ‘rasa’ dalam
diri pembaca. Perasaan marah, sedih, kecewa menjadi satu. Selain itu, penulis
juga berjaya mengubah tanggapan pembaca terhadap bidang fotografi. Bidang yang
dianggap remeh oleh sesetengah pihak ini telah dirungkai dengan menarik sekali
oleh penulis. Kesimpulannya, pembikinan novel ini sangat menarik dan
sesuai untuk dijadikan salah satu bahan bacaan kawan-kawan. Tahniah diucapkan kepada penulis untuk cubaan novel pertamanya. Selamat membaca kawan-kawan! :)
highly recommended. best dan cover yang menarik ^^
ReplyDeletebetul2..:)
ReplyDelete