Tuesday, 2 July 2013

Diet mengikut Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini Cik Manis nak kongsikan dengan kawan-kawan berkenaan dengan satu aspek yang penting iaitu kecantikan dan kesihatan.

Kawan-kawan mesti teruja kan nak memiliki badan yang cantik, ramping dan sihat? Ada jugak dalam kalangan kawan-kawan yang sibuk diet dan tahan makan hanya untuk dapatkan bentuk badan yang diidamkan. Tapi, kawan-kawan tahu tidak, diet juga sebenarnya mempunyai cara dan pantang larangnya sendiri. Apa kata, Cik Manis kongsikan sedikit tips-tips diet mengikut sunnah Rasulullah. Sambil-sambil kita dapat badan yang sihat dan cantik, kita juga dapat pahala mengikut sunnah baginda. Jom kawan-kawan, kita praktikkan sunnah-sunnah baginda untuk kekal cantik menawan :)

1.Rasulullah SAW makan secara serdahana
Rasulullah sentiasa makan dalam keadaan yang serdahana. Baginda hanya akan makan ketika baginda lapar dan berhenti sebelum kenyang. Rasulullah pernah berkata daripada para sahabat :
"Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang"


2.Rasullullah SAW melarang mencampurkan makanan laut dan darat sekaligus.
Baginda menganjurkan untuk tidak menjamah makanan laut dan darat sekaligus. Misalnya seperti makan ikan bersama daging, udang bersama ayam dan sebagainya. Pendapat ini turut disokong oleh saintis kerana mereka menemukan bahawa dalam daging ayam terdapat ion+ sedangkan dalam ikan terdapat ion-. Kesannya, makanan yang bercampur tersebut akan memberi reaksi boikimia yang dapat merosakkan usus. 


3. Makan buah-buahan terlebih dahulu
Baginda akan makan buah setengah jam sebelum makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, apabila kita makan buah-buahan sebelum makan nasi, kita tidak akan makan nasi dengan kuantiti yang banyak kerana perut kita sudah sedia mengandungi serat daripada buah-buahan tadi. 


4. Cara minum Rasulullah SAW
Baginda sentiasa mengamalkan banyak meminum air. Namun, baginda tidak meneguk air ketika makan tetapi sebelum makan. Kawan-kawan juga digalakkan minum air setengah jam selepas makan untuk mengembalikan tenaga, menaikkan seri wajah dan awet muda. Selain itu, baginda juga suka minum madu dicampur dengan air sejuk. Antara kelebihan minum madu bersama air sejuk ini adalah menghilangkan lendir dan kahak, mencuci perut, membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam perut, memperbaiki fungsi limpa dan hati. 

5. Biasakan memakan bijirin.

Pemakanan yang berasaskan bijirin mempunyai khasiat yang tinggi kerana bijirin mengandungi bahan phytonutrients. Ia merupakan sejenis antioksidan yang berfungsi untuk mengukuhkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit berbahaya dan mampu mencegah kanser.


6. Makan sayur-sayuran
Rasulullah mengemari sayuran daripada jenis mentimun. Mentimun mengandungi air yang mampu menyejukkan badan. Selain itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mempu meredakan radang kulit dan menjamin kesihatan sistem saraf.



7. Berpuasa
Amalan berpuasa mampu menyihatkan tubuh badan kita. Tubuh kita juga dapat berehat daripada menerima pelbagai jenis makanan yang tidak menyihatkan. 

Cik Manis harap dengan perkongsian sedikit tips-tips ini dapat memberi info berguna pada kawan-kawan tentang pengamalan diet yang sepatutnya. Selamat mengamalkan gaya hidup sihat mengikut sunnah Rasulullah SAW. 


kredit : http://www.usahawan.com/kesihatan/diet-pemakanan-rasulullah-saw.html



No comments:

Post a Comment