Assalamualaikum kawan-kawan.
Hari ini Cik manis ingin kongsikan
satu lagi review novel pilihan Cik Manis iaitu ‘Coklat (yang manis)’ hasil karya John Norafizan. Wah, kenapa tajuknya coklat ya? Semestinya
ada ceritanya yang tersendiri. Hmm..kali ini, Cik Manis nak mulakan ‘post’ dengan
bercerita serba sedikit tentang penulis novel ini. John Norafizan merupakan
seorang penulis yang telah menghasilkan enam buah novel umum, dua siri fantasi
remaja dan dua cerpen dalam antologi Kisah
Seribu Wajah. Hasil karyanya telah diterbitkan oleh JS Adiwarna. Cik Manis
suka dengan gaya penulisan beliau. Sangat bersahaja dan sesuai dengan jiwa Cik
Manis yang masih muda remaja ni, hehehehe :)
‘Coklat (yang manis)’, kisahnya
bermula dengan seekor kucing siam, koko namanya. Koko merupakan kucing
kesayangan keluarga Aliya. Nak dijadikan cerita, Koko telah hilang selepas
dipukul oleh Aliya. Emak Aliya telah mengerahnya supaya keluar mencari Koko.
Aliya berusaha mencari Koko di merata tempat, namun hasilnya mengecewakan. Dia
akhirnya mengambil keputusan untuk ‘lepak’ di tepi Pantai Mersing. Namun,
berlaku satu tragedi yang menyebabkan dia menemui semula Koko yang turut ada
bersamanya seorang lelaki yang bersikap sangat sinis pada pandangannya.
Pertemuan yang tidak terduga itu telah meletuskan ‘perang mulut’ antara
kedua-duanya. Apa yang terjadi selanjutnya? Kawan-kawan boleh dapatkan novel
ini di pasaran. Haa, baca sendiri baru ada ‘feel’.
Bagi Cik Manis, secara keseluruhannya
novel ini sangat menarik. Penulis berjaya menghidupkan jalan cerita di dalamnya
dengan pelbagai konflik yang sering menjadikan pembaca tertanya-tanya. Selain itu,
watak Aliya dan kawan-kawannya yang agak ‘gila-gila’ menjadikan novel ini tidak
bosan untuk dibaca. Aliya bercita-cita untuk menjadi penulis dan sering ‘berimaginasi’.
Dia meluahkan segala khayalannya itu dalam 'buku nota' untuk dijadikan sebagai
manuskrip. Selain itu, usai membaca novel ini, banyak pengajaran yang dapat
diperolehi pembaca. Antaranya ialah sikap setia kawan, kejujuran, kesetiaan,
keberanian dan pelbagai ‘rasa’ yang membuatkan pembaca berfikir sejenak.
Penulis juga berjaya menarik perhatian
pembaca dengan memaparkan beberapa stanza, kata-kata serta bait-bait indah yang adakalanya agak kelakar.
Senyum engkau
begitu menakjubkan
Seperti biskut coklat yang aku makan
malam tadi...
Sememangnya penulis menerapkan gaya penulisan yang
bersahaja dari mula hingga akhir. Cik manis dapat kategorikan novel ini sebagai
kisah cinta remaja yang masih ‘menjaga’ susila dan bersesuaian dengan cara
hidup Timur. Cik Manis kongsikan bait indah yang terdapat di dalam
novel ini:
untuk
Aliya,
Pelangi
itu akan jadi lebih daripada tujuh warna apabila engkau ada
Tahniah
kepada John Norafizan atas pembikinan novel comel ini!
Selamat membaca
kawan-kawan. :)
No comments:
Post a Comment