Karya


Judul : Luah
Penulis : Shah Ismail

Aku lihat dia hulurkan tangannya padaku dan aku hanya pandang sahaja huluran tangannya sebelum aku pandang dia yang dari tadi tersenyum.

“Kau tak nak sambut tangan aku?” Dia menyoal. Aku hanya mampu senyum sambil menggelengkan tangan. Aku sedar senyuman di wajahnya dimatikan. Aku senyum sahaja dengan gelagat dia itu. Mungkin sahaja tindakan aku itu mengecewakannya. Ah maaf. Aku terpaksa.

“Kenapa kau tak nak? Kau ingat kau boleh bangun ke dengan keadaan kau macam ni?” kedengaran lagi suara dia menyoal. Aku hanya mampu senyum sahaja.

“Kenapa kau banyak sangat soal? Dah macam polis la kau ni, banyak soal.” Aku sindir dia sambil aku cuba bangun dengan usaha aku sendiri. Alah… bukannya susah sangat. Bersila di atas pasir, bukannya susah nak bangun pun. Mengada je kawan aku ni mahu hulur tangan dia. Berlagak gentleman la kononnya. Huh.

“Kau tak tahu ke aku dah lama jadi polis sejak aku kawan dengan kau. Sekarang aku dinaikkan pangkat jadi chief inspector.” Dia dah mula dah dengan lawak bodoh dia tu. Aku senyum jengkel sahaja sebelum mencebik. Kejadah lawak macam tu. Tak kelakar langsung!

“Babe… kau tahu tak apa fasal aku ajak kau jumpa kat sini hari ini?” Dia mengeluarkan lagi soalan. Aku hanya jengkit bahu sambil mata aku memandang keindahan pantai di hadapan aku. Entah… aku pun tak tahu. Sebelum ni, mana pernah dia beritahu tujuan dia minta aku jumpa dia di tempat itu dan tempat ini. Yang aku tahu, kita orang jumpa hanya untuk bergosip dan berkongsi masalah. Yaaa… dia kawan lelaki yang baik. Terlalu.

“Aku nak luahkan sesuatu…” Ayat dia tergantung di situ. Lama juga aku tunggu sambungannya, tapi tak ada la pula. Dia ni dah jadi bisu ke apa?

“Kau pernah suka seseorang secara diam-diam tak?” Tiba-tiba aje dia tanya soalan lagi. Asyik tanya soalan je dia ni. Tahulah peguam. Heh.

“Pernah. Kenapa?” Aku pandang dia dengan hairan. Sah-sah dia tahu ini. Dia tahu semua crush aku. Aku ceritakan pada dia. Apa bangangnya tanya soalan tu lagi.

Aku lihat dia menarik nafas sedalamnya. Lagilah aku bertambah hairan. Apa sebenarnya tujuan dia ni? Otak aku memainkan peranannya untuk berfikir.

“Aku rasa aku dah tersuka pada seseorang…” Sekali lagi ayat dia tergantung. Aku senyum sahaja. Berita gembira ni!

“Siapa? Aku ke?” Sengaja aku usik dia. Aku lihat dia senyum je.

“Kau rasa?”

“Serious? Mohon jangan jatuh hati pada aku.” Aku pandang dia lagi dan seperti biasa dia masih dengan senyumannya. Lama juga dia tersenyum sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

Kali ini aku pula yang menarik nafas dalam-dalam. Lama juga aku buat begitu sebelum aku ukirkan senyuman padanya. Dia masih dengan senyumannya sambil matanya masih melekat ke arah aku.

“Mohon jangan jatuh hati dengan aku.” Sekali lagi aku keluarkan ayat tu dan dia masih lagi dengan senyumannya. Nasib baik aku ni bukan jenis yang mudah cair dengan senyuman lelaki kacak macam dia ni. Heh.

“Kenapa?” Aku senyum sahaja apabila sekali lagi dia keluarkan soalan. Aku jengkit bahu sambil senyum sebelum aku kembali memandang pantai di hadapan aku ini.

“I need an answer. Apa fasal kau tak nak aku jatuh hati dengan kau? Dan kenapa kau takut sangat nak jatuh cinta lagi? Kau juga yang bagi tahu aku jatuh cinta tu indah tapi kau yang tolak hal macam ni.”
Aku tarik nafas sebelum aku pandang dia. “Boleh tak kau jangan tanya soalan ibarat aku ni banduan? Aku tak ada buat salah dan aku bukan klien kau.”

Dia ukirkan senyuman sekali lagi. “I need an answer.”

Aku mengeluh. Tidak tahu apa yang aku harus aku jawab. “Let me answer your question with question. Why? Kenapa kau boleh suka kat aku? Lima tahun kita kawan and kenapa tetiba kau bagitahu aku ini?”

Sekali lagi dia senyum. Aku balas sahaja senyuman dia. Mahu ketawa pun ada tapi aku tahan sahaja. Mungkin dia sedang serius. Kalau aku main-main masa dia tengah serius, kejap lagi sisi hitamnya akan terkeluar. Heh.

“Aku tak tahu… cuma kebelakangan ni aje, aku rasa lain dengan kau. Tiba-tiba aje aku rasa selesa dengan kau…”

“Kau nak cakap selama kita kawan, kau tak rasa selesa dengan aku?” Aku potong ayat dia.

“Tak… ia cuma… entah aku tak tahu. Aku keliru.”

Aku senyum sahaja. Aku rasa aku faham apa yang dia sedang alami. “Benda ni berlaku selepas kau dengan Mia berpisah?”

Dia pandang aku dengan riak wajah terkejut. Rasanya aku telah meneka dengan betul. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

“Jadi… apa yang kau rasa pada aku, bukannya rasa cinta, ia cuma rasa selesa…”

“How you’re sure about that?” Dia menyoal lagi. Aku cuma ukirkan senyuman sahaja.

“Sebab aku pernah alami benda tu.” Dia menganggukkan kepala tanda faham.

“Mungkin… sebab kau yang selalu teman aku, jadi pendengar setia aku masa Mia tinggalkan aku.”

Aku senyum sahaja. Aku tahu kisah dia dan Mia, bekas teman wanitanya. “Bunga bukan sekuntum, weh,” aku sindir dia. Dia ketawa.

“Dan kumbang bukan seekor. Mohon kau teruskan hidup. Jangan nak setia sangat dengan crush kau tu. Dia bukannya tahu perasaan kau kat dia.” Ayat dia ini tiba-tiba sahaja buat jantung aku macam kena cucuk oleh jarum. Heh. Kemain!

“Aku dah lama lupakan dia la. Sengal!” Satu tumbukan hinggap di bahunya. Padan muka! Dia ketawa lagi.

“Aku harap satu hari nanti ada lelaki yang akan buka pintu hati kau sekali lagi. Dan aku harap lelaki tu nanti adalah jodoh kau.”

“Kau harap kau, eh?” Aku usik dia lagi. Dia senyum sahaja sambil jungkit bahu.

“Maybe. We don’t know what will happen in the future. Stop thinking much about the future and just follow the flow, is much better, right?”

Aku senyum sahaja sambil menganggukkan kepala. Dan kami kemudian berbual tentang zaman belajar kami dengan gembira.

Habis!

No comments:

Post a Comment