Wednesday 25 June 2014

Tips-tips Menulis Karya Fiksyen

Selamat pagi.



Menulis fiksyen bukanlah satu perkara yang mudah seperti yang disangka oleh sesetengah orang. Betapa imanginasi, fakta, kerja keras serta kesungguhan yang mendalam diperlukan untuk menyiapkan sesebuah karya. Pelbagai cara yang dilakukan oleh para penulis untuk mendapat idea. Ada yang membaca, menonton filem, mendengar muzik atau memerhatikan keadaan sekeliling. 

Di bawah ini adalah beberapa tips yang diberikan oleh beberapa penulis terkenal dunia yang mungking boleh dijadikan panduan:


  1. Banyakkan membaca tidak kira apa genre pun yang kita tulis. Luaskan pembacaan bukan pada satu genre saja. 
  2. Berikan ruang dan masa untuk anda menulis.
  3. Perkenalkan watak-watak utama dalam cerita anda di awal 1/3 novel anda.
  4. Kadang-kadang anda tak perlu rancang pengakhiran cerita anda semasa merancang idea.
  5. Sentiasa membawa buku nota untuk melakar cerita anda di mana-mana.
  6. Menulis di tempat yang tiada perhubungan Internet.
  7. Tulislah apa yang dekat di hati anda.
  8. Jangan panik apabila idea tiada. Ambil masa untuk tenangkan diri seketika.
  9. Jadilah editor dan pengkritik pada karya sendiri.
  10. Terbuka menerima pandangan atau kritikan daripada orang lain. Mereka mungkin benar.

Jika anda ada tips-tips lain untuk dikongsi atau tidak bersetuju dengan tips di atas, jangan ragu-ragu untuk berkongsi di ruangan komen, ya!

Sumber: 20 Writing Tips from Fiction Authors.


5 comments:

  1. selain itu, jika ada teman rapat yang boleh membaca draf awal pun membantu juga. Minta dia komen.

    Bekerja rapat dengan pihak editor-mereka juga boleh membantu di saat kebuntuan. kadang-kadang sebaris kata daripada pihak editor, boleh mencetuskan rangsangan idea.

    ReplyDelete
  2. Naurah Iman, saya setuju juga dengan cadangan tersebut!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. terima kasih di atas perkongsian tips. amat berguna sekali.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum.
    Benarkah jikalau jika ingin menulis sebuah buku,langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menulis cerpen-cerpen dan menghantarnya ke penerbitan majalah,untuk melihat sejauh mana kualiti hasil tulisan kita?
    Mohon jawapan dan pencerahan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum.
    Benarkah jikalau jika ingin menulis sebuah buku,langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menulis cerpen-cerpen dan menghantarnya ke penerbitan majalah,untuk melihat sejauh mana kualiti hasil tulisan kita?
    Mohon jawapan dan pencerahan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete