Tuesday 2 July 2013

Tips Penjagaan Rambut


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai semua! bertemu lagi kita untuk hari ini, Cik Manis akan kongsikan satu lagi tips iaitu tips kecantikan yang mudah diamalkan dan yang paling penting ianya murah!!!! 

Cik Manis ada terbaca satu artikel daripada laman web tentang petua kecantikan rambut sihat & lebat cara tradisional. Jadi, Cik Manis akan kongsikannya pula kepada rakan-rakan. 

Cik Manis mulakan dengan penjagaan rambut kerana rambut merupakan mahkota bagi wanita. Lazimnya masalah rambut dialami oleh mereka yang bertudung. Ramai yang ambil mudah kerana kebanyakannya menganggap rambut mereka tidak dilihat oleh orang sekeliling. 

Walaupun terdapat pelbagai produk kecantikan rambut di pasaran, didapati banyak masalah sampingan yang dihadapi selain harganya yang agak mahal. Di samping itu, status bahan kimia yang digunakan serta kehalalannya juga diragui. 

4 tips yang akan dikongsikan ialah:

1. Tips mengatasi masalah rambut gugur.

Bahan-bahan: Beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya.
Cara Penyediaan : Ramas atau mesin bahan-bahan tadi.
Cara Penggunaan : Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih.

*Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu. 




2. Tips menjadikan rambut lembut & harum.

Bahan-bahan : Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas
Cara Penyediaan : Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
Cara Penggunaan : Basuh rambut dengan campuran bahan tadi. 


3.Tips elak rambut berminyak.

Bahan-bahan : syampu dan kuning telur.
Cara Penyediaan : Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
Cara Penggunaan : Cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur.

*Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda.



4. Tips mengatasi masalah rambut kering.

Bahan-bahan : Minyak sayuran dan tuala bersih.
Cara Penyediaan : Panaskan minyak sayuran.
Cara Penggunaan: Lumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kamudian tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih. 


Mudah bukan? Cik Manis berharap, kawan-kawan dapat mencuba tips-tips ini kerana ianya bukan sahaja mudah dan murah, malah selamat digunakan kerana dihasilkan daripada air tangan sendiri. Selamat mencuba!





kredit: http://-petua-kecantikan-rambut-sihat-lebat

No comments:

Post a Comment