Wednesday 31 December 2014

Madah - Madah ...Dan Dafodil Pun Berbunga Lagi




  •   Kata murabbinya lembut, “Allah dah aturkan takdir kita. Tapi Allah suruh kita berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkallah pada-Nya. Kalau usaha kita itu tidak Allah izinkan kejayaannya, itu tidak bererti Allah tidak sayang pada kita. Tapi kerana dia sayangkan dia tak makbulkan permintaan kita.”

 –halaman 24-

  •  “Alia, jodoh itu Allah tetapkan. Terpisah sejauh manapun, kalau itu yang Allah inginkan, maka itulah yang berlaku. Tiada siapa yang mampu nafikan kuasa Allah. Kalau Allah dah tetapkan seseorang itu kahwin cerai, kahwin cerai, atau berkahwin dua atau tiga kali, itu kerana telah Dia tetapkan mungkin untuk kita bertemu dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang betul. Dia uji kita dengan kesusahan agar kita menikmati anugerahnya kemudian.” sambung Kak Nabilah lagi.

 –halaman 24-


  •   Kata hati seorang perempuan itu selalunya tepat, kan, emak?”

“Betul.. tapi istikharah, InshaAllah pilihan yang terbaik yang Alia boleh buat dengan petunjuk Allah.”
“Ya. Lepas jumpa dengan Ansari, Alia sebenarnya serabut sangat mak. Jadi Alia istikharah setiap malam. Dan rasa itu yang terlebih baik selepas istikharah. Rasa berat hati itu hilang. Lagipun emak, apa gunanya Alia menjudikan nasib Alia dengan tetap berkeras untuk tetap berkahwin dengan Ansari kalau dia ada orang lain? Dia mungkin tak boleh nak luahkan, tapi itu kemungkinan yang paling hampir yang boleh Alia fikirkan.”
 –halaman 40-


  •   “Saya tak pasti Alia perasan atau tidak, sedar atau tak. Apabila kita jauh dari keluarga, ruang lingkup kehidupan yang penuh selesa, kita kadang-kadang mencari-cari sesuatu untuk kita berpegang dan berpaut. Apabila jauh begini, yang menguji kita adalah diri kita sendiri. Siapa yang nak tangkap kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan? Tak ada. Disini mana ada pencegah maksiat yang nak serbu rumah kita. Tak ada,” terang Ikhwan lagi.

-halaman 120-



  •   “Saya cuma perlukan masa awak lima minit. Tak lebih ,” tutur Ariana.

“Saya tak berhutang dengan awak, dan saya tak perlu nak setuju dengan permintaan awak.” Alia bingkas. Tiba-tiba lengannya dipegang Ariana.
“Tolonglah. Saya tahu saya jadi punca awak dan Ansari putus tuning dulu. Tapi perlu ke awak jadi punca untuk saya dan Ansari putus?” soal Ariana.
                                                                                    -halaman 165-



  •   “Awak keluar dengan siapa tadi?”

“Awak ni kenapa? Saya nak keluar dengan siapa, nak pergi mana, awak siapa nak soal saya? Jaga hal sendiri, boleh?” soal Ariana tertawa sinis.
“Saya nak bincangkan hal kita dan saya ada hak untuk ambil tahu ke mana awak pergi, dengan siapa awak keluar. Awak tuning saya, Alia.” keras Ansari membalas. Langsung Alia tertawa sinis.
                                                                                -halaman 178-


  •   “Kadang-kadang Alia, hidup dengan orang yang amat cintai kita adalah lebih baik daripada hidup dengan orang yang amat kita cintai. Orang yang amat kita cintai itu belum tentu dapat bahagiakan kita seperti orang yang amat mencintai dan menyayangi kita. Contohnya yang terdekat…kau boleh tengok aku dengan Fitri,” beritahu Suzana dengan senyuman di bibir.

-halaman 251-



  •   “Manusia tak dapat hidup tanpa sejarah. Sejarah yang menentukan hari depan sesuatu bangsa, dan sejarah tu sesuatu yang mungkin berulang. Jangan lupa tu!” ujar Alia.

-halaman 253-

  •    “Kak Alia… apabila datang pada kita seorang lelaki yang baik agamanya, akhlaknya, kelakuannya, rebutlah peluang itu. Tak perlu lepaskan kepada orang lain. Membina masjid itu ibadah. Membina rumah tangga itu ibadah. Kita menunaikan tanggungjawab sebagai umat Muhammad dalam mengikut sunnahnya.”

                                                                                                 -halaman 260-


  •   Pada Alia, dalam sebuah perkahwinan itu sikap berterus-terang itu adalah kunci kebahagiaan. Seorang suami dan isteri tidak seharusnya memendam rasa. Setiap masalah boleh diselesaikan dengam perbincangan. Tapi barangkali juga ada sesuatu tempoh dimana antara mereka perlu ada ruang untuk mengendurkan ketegangan yang ada. Dan hakikatnya, masalah Aiman dan Alia bukan satu masalah terpencil. Masalah perasaan dan hati. Hanya itu!


                                                                                                  -halaman 405-


No comments:

Post a Comment