Tuesday 1 October 2013

Ulasan Novel Umum: Nak Kahwin Duit Tak Ada

Assalamualaikum...:)

Novel Nak Kahwin Duit Tak Ada hasil karya Naufal Tarmizi ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Saiful Ammar yang berusaha mencari kos perbelanjaan untuk berkahwin dengan perempuan yang pilihan hatinya yang bernama Hanis Amirah. Sepanjang perhubungan antara Ammar dan Hanis Amirah, wujudnya Maria Marissa iaitu teman sepermainan Ammar sejak dari kecil lagi, yang telah lama menaruh hati kepada Ammar menyebabkan Hanis Amirah merasa tergugat dan cemburu dengan kehadiran orang ketiga di antara mereka. Maria Marissa mempunyai rupa paras yang cantik dan menghormati orang tua menyebabkan ibu Ammar, Puan Zalina berkenan bermenantukan Maria Marissa dan bertekad mahu menjodohkan Maria Marissa dengan anaknya. 

Pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Saiful Ammar sepanjang mencari duit untuk menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Namun, satu tragedi telah berlaku dalam hidup Ammar apabila Ammar telah mengikuti kumpulan kongsi gelap tanpa disedari oleh dirinya sendiri. Satu kejadian yang menimpa dirinya menyebabkan Ammar ditangkap polis. Apakah terjadi kepada Ammar? Dapatkah Ammar berkahwin dengan Hanis Amirah ataupun dengan pilihan emaknya? Untuk mengetahui kisah yang selanjutnya dapatkan novel ini. Anda pasti tidak rugi membelinya. Yang pasti babak komedi dalam novel ini sangat menarik dan juga babak yang sedih mampu menyentuh jiwa anda! 

Sekian. :)

No comments:

Post a Comment