Monday 30 September 2013

Tips Menjaga Keselamatan Keluarga dan Rumah


Tips ini dikongsi oleh Pengerusi PPSU3 Azman Jamaludin. 

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri
 Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan.

(2) Sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur
Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka.

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas)
Jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk.

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) pada waktu tengah malam, kejutkan ibu bapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.

(6) Bawa penggera kereta bersama semasa tidur.
 Sekiranya anda terjaga tengah malam, cuba buka dan tutup penggera kereta untuk menakutkan pencuri. Ia menandakan kita sentiasa berwasapada.

(7) Tekan butang merah penggera kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang yang asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plat nombor motor/kereta mereka.
 Ssetiap kali anda lalu di hadapan mereka, mereka akan menundukkan kepala.

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku sebagai saudara dengan tujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan.
Berikan nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh rujuk kepada anda.

(10) Semasa tidur, pastikan telefon bimbit anda berada di sisi.
Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

No comments:

Post a Comment