Monday 4 August 2014

Produk Penjagaan Rambut Yang Murah!

Assalamualaikum

Ramai yang sudah tahu bahawa rambut merupakan mahkota setiap wanita. Eh! lelaki juga. Sudah tentu anda akan menggunakan produk-produk yang diiklankan di pasaran tanpa melihat kandungan kimia yang digunakan oleh produk itu.  Amalan 'asalkan sesuai dengan rambut, pakai je lah' sudah menjadi kebiasaan bagi ramai wanita dan jejaka. Namun terdapat sebahagian pengguna yang menitik beratkan penjagaan rambut dengan membeli produk yang mahal-mahal. Berbelanja banyak demi mendapatkan rawatan rambut dan penjagaan yang terbaik. Awas! produk rambut yang menggunakan kimia Sodium Lauryl Sulfate atau Sodium Laureth Sulfate (SLS) serta Ammonium Laureth Sulfate atau Ammonium Lauryl Sulfate yang memberikan faktor buih dalam produk hanya akan membahayakan rambut anda serta boleh menyebabkan kegatalan pada kulit kepala. Oleh itu, berhati-hati ketika memilih produk menjagaan untuk rambut anda.

Namun, tidak salah saya katakan bahawa penjagaan yang terbaik datangnya dari rumah.


Sedar tak anda bahawa semua bahan makanan yang kita gunakan setiap hari merupakan produk yang terbaik untuk rambut kita. Bukannya bahan kimia yang memberikan kecantikan sementara dan hanya akan merosakkan rambut anda.

Saya jamin 100%, kesemua bahan yang digunakan ini tidak akan merosakkan rambut anda walaupun jenis rambut sensitif. Produk ini juga selamat digunakan setiap hari.

Mulakan dengan mencuci rambut anda dengan mild shampoo atau SLS free-shampoo dan keringkan. Baik! Mari kita mulakan eksperimen ini.

Hot Oil Treatment
  1. Campurkan 1 sudu teh minyak castor + 2 sudu besar minyak zaitun dan 2 sudu besar minyak kelapa dan sebatikan dalam mangkuk atau botol kecil.
  2. Letakkan  botol ke dalam mangkuk berisi air panas selama 2 minit atau hingga minyak suam untuk di pegang. Elakkan terlalu panas dengan mencuba di pergelangan tangan sebelum disapu ke kepala.
  3. Sapukan ke rambut yang lembap dari akar ke hujung. Tutup dengan plastidc cap. Letakkan tuala yang lembap panas ke atas kepala dan biarkan selama 20 atau 30 minit. Boleh juga dibiarkan semalaman.
Baking Soda Rinse
  1. Campur 1 sudu besar baking soda + 1 cawan air. Cuci rambut yg kering atau basah dari akar ke hujung. Biarkan 1  hingga 3 minit dan bilas dengan air suam.
  2. Ianya dapat membuang membersihkan kulit kepala daripada minyak, kotoran dan kimia produk rambut. 
 Apple Cider Vinegar Rinse
  1. Campur 1 sudu besar ACV  dengan 1 cawan air suam atau sejuk. Air suam untuk membuka liang roma kulit kepala sebelum memulakan rawatan. Air sejuk membantu mengekalkan kelembapan dan melembutkan rambut.
  2. Sebatian ini boleh menjadikan rambut lebih mudah diurus, mengurangkan rambut kerinting, mengilatkan serta seimbangkan pH rambut.

 Deep Conditioner
  1. Campur sebiji telur kuning + 1 sudu besar minyak zaitun + 1 sudu besar minyak kelapa + 1/2 sudu besar yogurt + 2 sudu besar mayonis + 1/2 biji pisang (dilenyek) + 1 biji avocado (dilenyek). Sebatikan.
  2. Urutkan ke rambut basah, balut dengan tuala selama 20 minit dan bilas bersih.
Natural Hair Gel
  1. Campur 1/ atau 1 sudu teh gelatin tanpa perisa + 1 cawan air panas
  2. Cairkan gelatin. Sejukkan dalam peti sejuk semasa menggunakan. 

Natural Hair Spray
  1. Campur 1/2 biji oren + 1/2 biji lemon + 2 cawan air
  2. Reneh cecair hingga hilang airnya separuh. Masukkan ke dalam botol spray dan sejukkan sentiasa. 
Natural Hair Shampoo
  1. Kisar sebiji lemon dan sebiji timun lumat dan sapukan ke kulit kepala dan rambut. Urut sert biarkan selama 3 minit. Kemudian cuci bersih.
  2. Jika rambut anda berminyak, lebihkan lemon. Jika rambut anda kering, lebihkan timun.
Creamy Hair Mask 
  1. Sebiji avocado masak + 1/4 cawan santan kelapa + 1 sudu besar minyak zaitun + sebiji kuning telur. Kisar kesemuanya sehingga berkrim dan sapukan ke kulit kepala hingga hujung rambut.
  2. Urutkan dan biarkan selama sekurang-kurangnya 15 minit. Bilas dan cuci bersih.
 Coconut Hair Relaxer
  1. Campur 1 tin santan kelapa + 2 sudu besar minyak zaitun + 4 sudu besar limau + 3 sudu besar tepung jagung.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga tekstur sebatian agak berkrim.
  3. Sapukan ke rambut dan biarkan selama 30 minit. 
  4. Bilas bersih
Ini hanya sebahagian sahaja cara membuat produk rambut anda sendiri. Anda hanya perlu tahu bagaimana keadaan rambut anda serta apa yang rambut anda perlukan. Jika diamalkan penggunaannya akan mendatangkan hasil yang sangat cantik pada rambut anda. Yang penting, ianya 100% bebas kimia dan anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan rambut yang cantik. Sesuai untuk semua jenis rambut. Bagi yang bertudung, tidak bermakna anda perlu abaikan rambut anda dengan beranggapan ianya disebalik tudung maka tidak perlu dijaga rapi.

Kesihatan diri anda terletak pada anda sendiri. Tentukan yang terbaik untuk diri anda dan selamat mencuba.

Sumber: All women stalk

By: Hana Adiwarna

No comments:

Post a Comment