Friday 1 August 2014

Raya Sebulan Vs Puasa Sunat Bulan Syawal

Assalamualaikum.



Habis sudah sebulan kita menjalani ibadat puasa. Maka tanggal 1 Syawal 1435H telah disambut dengan meriah oleh seluruh umat Islam yang meraikan kemenangan. Bagaimana cerita hari pertama raya anda? Pastinya meriah dengan kunjungan rakan-rakan lama dan sanak-saudara. Yang jauh-jauh pun sanggup datang untuk beraya. Maklumlah, setahun sekali berkunjung beraya.

Dalam kemeriahan menyambut Aidulfitri, kita jangan lupa tentang galakan Islam untuk kita mengerjakan ibadat puasa sunat syawal atau dikenali sebagai puasa enam kerana puasa ini dilakukan selama enam hari sehaja sepanjang bulan Syawal. Tidak perlu berturut-turut seperti puasa di bulan Ramadhan. Ianya hanyalah puasa sunat yang melengkapkan lagi puasa Ramadhan kita.


Walaupun hanya puasa sunat, ianya telah ditekankan bahawa lengkaplah puasa kita jika kita melakukan puasa enam dengan diberi ganjaran pahala puasa selama setahun. Siapa yang tidak mahu pahala free? Mudah sahaja kan? Hanya enam hari pada sepanjang bulan Syawal. Banyak ganjaran yang Allah janjikan untuk kita jika berpuasa sunat enam.



Namun, bagi anda yang ada hutang puasa Ramadhan (seperti saya). Diingatkan bahawa, puasa itu adalah wajib dan harus didahulukan sebelum puasa sunat. Banyak pendapat mengenai puasa qada' pada bulan Syawal ini. Namun yang sahih adalah menyudahkan puasa wajib sebelum melakukan puasa sunat dan tidak boleh dicampurkan sebagaimana sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Oleh itu, bagi anda yang ingin berpuasa enam tapi masih ada hutang. Haruslah diganti dahulu ya. Semoga anda semua diredhai dan diberkati Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya, Hana Adiwarna (yang tudung kuning tu).

Sumber: Pusat Islam UniMAP

By: Hana Adiwarna




No comments:

Post a Comment