Wednesday 25 September 2013

Ulasan novel Si Manis: Katak Fesyen



KATAK FESYEN menceritakan tentang seorang remaja perempuan bernama Suraya yang sangat berminat dengan fesyen. Suraya juga mempunyai bakat dalam jahitan dan melakar fesyen yang disukainya. Dia sangat meminati pereka fesyen terkenal Arman Armani. Pada masa yang sama sebuah pertandingan rekaan fesyen telah dianjurkan di sekolah Suraya dan dia menyertainya. Walau bagaimanapun, hidup Suraya menjadi bertambah menarik selepas peristiwa dia bertemu dengan seekor katak diberi nama Samdol yang boleh berkata-kata. Suraya mengambil keputusan untuk membela Samdol dan mereka banyak berkongsi cerita dan bekerjasama untuk menghasilkan rekaan yang menarik untuk pertandingan rekaan fesyen yang Suraya sertai. Pada awalnya Suraya hairan akan kepakaran Samdol dalam soal fesyen, namun dibiarkan saja. Apa yang penting Suraya mahu mendapat tempat dalam pertandingan rekaan fesyen sekali gus dapat peluang belajar di Akademi Fesyen Bayuna. Namun dalam perjalanan mengejar cita-citanya, Hanim adalah antara yang pernah cuba untuk menghalang cita-citanya itu. Pada masa yang sama, mama Suraya tidak suka dia terus membela Samdol dan dia meminta Suraya membuang Samdol. Namun kedegilan Suraya telah menyebabkan dia memutuskan untuk keluar dari rumah tersebut. Dia tetap terus mengejar cita-citanya.

Berjayakah Suraya memenangi pertandingan tersebut?
 Bagaimana hubungan Suraya dengan keluarganya selepas dia nekad untuk keluar dari rumah?
Apakah yang terjadi kepada Samdol dan Siapakah Samdol yang sebenarnya?

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengetahui cerita selanjutnya dengan mendapatkan KATAK FESYEN sebagai koleksi anda.



KATAK FESYEN adalah cerita yang ringkas dan sangat sesuai dibuat sebagai bahan bacaan santai remaja. Nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita ini adalah sangat membantu bagi membentuk jiwa yang penuh kasih sayang terhadap sesama makhluk tuhan. Antara nilai yang diterapkan didalam cerita ini adalah nilai kasih sayang terhadap haiwan yang ditunjukkan oleh Suraya. Walaupun katak adalah seekor haiwan yang menggelikan, namun ia tidak sepatutnya diberi layanan buruk.

Begitu juga kita sebagai manusia yang dan sebagai umat Islam khususnya, walaupun kita diharamkan untuk memakan/memegang anjing tetapi itu tidak bermakna kita perlu melayannya dengan layanan yang buruk.
Sikap Suraya yang tekad untuk merealisasikan impiannya boleh dicontohi dan dijadikan motivasi kepada pembaca supaya lebih bersemangat untuk terus mngejar cita-cita dan berjaya.
 

No comments:

Post a Comment