Tuesday 24 September 2013

Tips Hilangkan Bau Kaki



Tidak kira lelaki atau wanita pastinya ada yang mengalami masalah bau kaki. Adakalanya ia mampu melunturkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan umum.

Mulai saat ini, pada anda yang mempunyai masalah bau kaki bolehlah bernafas lega kerana saya akan kongsikan tips-tips hilangkan bau kaki. Ingin ditegaskan disini bahawa mencegah kaki daripada berbau adalah sangat penting kerana kaki yang bebbau adalah berpunca daripada peluh yang dikeluarkan oleh seseorang. Walau bagaimanapun peluh tersebut bukan hanya sekadar peluh, tetapi ia bercampur dengan bakteria. Jadi, mari kita sama-sama tambahkan pengetahuan tentang bagaimana untuk menghilangkan bau kaki.


Tips 1
Sediakan besen yang boleh memuatkan kedua-dua belah kaki anda. Kemudian masukkan air ke dalam besen tersebut. Campurkan dua sudu garam dan segenggam asam jawa ke dalam air tersebut. Pastikan garam dan asam jawa tersebut dikacau larut ke dalam air tadi. Kemudian, anda bolehlah rendam kaki anda selama beberapa minit. Sambil merendam kaki, anda bolehlah sapu dan gosokkan asam jawa dicelah-celah jari-jari kaki anda.

Selepas beberapa minit, basuh kaki dengan air paip sehingga bersih. Ulang kaedah ini dalam kekerapan tiga kali seminggu sehingga bau kaki anda hilang. Kaedah ini dikatakan dapat menanggalkan sel-sel kulit mati.

Garam

Asam Jawa



Tips 2
Selain daripada menggunakan asam jawa dan garam, anda juga boleh menggunakan uncang teh. Kaedahnya lebih kurang sama dengan kaedah yang pertama, di mana anda perlu menyediakan besen yang diisi air untuk merendam uncang teh. Selepas uncang teh sudah larut ke dalam air, bolehlah rendamkan kaki ke dalam besen tersebut selama setengah jam. 

Uncang Teh


Tips 3
Akhir sekali, selain daripada melakukan petua-petua seperti yang dicadangkan, anda juga harus menitik beratkan penjagaan kaki yang asas. Anda perlu memastikan kuku kaki sentiasa pendek atau memakai stoking yang diperbuat daripada 100% material kapas.  Pemilihan kasut juga penting bagi memastikan kaki anda tidak terlalu berpeluh atau kepam. Material kasut yang tidak elok untuk kaki adalah plastik/getah kerana ia mampu berisiko menyebabkan kaki berpeluh sekali gus mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Pastikan kuku sentiasa pendek

 

Semoga tips ini dapat membantu masalah anda dan sekian saja untuk tips kali ini.
 SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment