Thursday 30 January 2014

Tentang 'Si Cantik Cempaka'

 Oleh: Kamalia



Antara 3 buah buku solo yang saya sudah tulis, buku kanak-kanak Si Cantik Cempaka ini adalah buku yang paling saya sayang. Yang paling dekat di hati. Yang paling meninggalkan banyak kenangan. Kisah Cempaka ini terhasil saat saya sudah separuh jalan menulis novel Gerabak Merah Jambu. Tapi, akibat tekanan menulis naskhah tersebut, saya berhenti seketika dan memulakan menulis Si Cantik Cempaka. Tapi, ambil masa lebih kurang 2 bulan juga untuk siapkan novel kanak-kanak ini. Maklumlah, saya tak ada pengalaman tulis novel masa itu selain daripada aktif tulis cerpen saja.

Ia kisah tentang Cempaka, seorang anak gadis yang sangat bangga dengan kecantikannya. Sehinggalah pada suatu hari, satu peristiwa misteri berlaku padanya. Kedatangan kucing hitam dan pertemuan dengan nenek kebayan. Nah, nenek kebayan memang ada kuasa yang bukan-bukan. Katanya, dia boleh jadikan Cempaka lebih cantik daripada sekarang, tapi dengan syarat tertentu.

Kisah Cempaka ini sebenarnya sedikit sebanyak adalah cerminan diri saya. Bukanlah nak kata saya ni cantik sangat, tapi itulah yang saya mahu semasa kecil dulu. Saya nak jadi cantik! Saya tampal gambar perempuan-perempuan cantik dalam diari saya dengan harapan saya boleh jadi cantik seperti mereka nanti. Itu belum kira cita-cita saya nak tukar nama sebab saya rasa dulu nama 'Kamalia' macam tak sedap aje. Isy... isy... isy... banyak songeh betul.

Jadi, kisah Si Cantik Cempaka ini, selain untuk bacaan untuk yang di luar sana, sebenarnya ditujukan khas buat saya sendiri. Apabila dewasa, saya semakin sedar yang paling baik sebenarnya adalah yang paling cantik.

Kalau mahu mendapatkan buku ini, boleh beli secara atas talian di www.jsadiwarna.com

2 comments:

  1. salam, boleh tak dapatkan buku ni di kedai kedai buku?

    ReplyDelete
  2. Adibah Ishadi,
    Di kedai tak pasti, tetapi boleh beli 'online' di www.jsadiwarna.com :)

    ReplyDelete